30 Pesanan Suara

  • Drama
    Cinta
    Konflik
    Keluarga
Ditulis olehNieza NaharPengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Hannah Delisha
Shukri Yahaya
Saharul RidzwanLagu pembukaan"Bisa Aja" oleh Faizal TahirLagu penutup"Bisa Aja" oleh Faizal TahirNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod30PenerbitanPenerbit eksekutifJulia JuhasuPenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd YusofPenyuntingNoor Idayu Habib
Zat AzmiTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & TradingPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal6 Mei 2019 – 4 Jun 2019KronologiMengikutiKamar KamariahDiikuti olehBukan Cinta Aku

30 Pesanan Suara ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 istimewa Ramadan 1440H arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Hannah Delisha dan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan.[1] Siri ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019.[2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Izman (Shukri Yahaya), Syafira (Hannah Delisha) dan Iman (Saharul Ridzwan). Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira demi arwah Iman walaupun ditentang keras oleh ibunya sendiri, Puan Intan (Zarina Zainuddin).

Pelakon

Pelakon utama

  • Hannah Delisha sebagai Syafira
  • Shukri Yahaya sebagai Izman
  • Saharul Ridzwan sebagai Iman

Pelakon pembantu

  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Intan
  • Izzue Islam sebagai Zalif
  • Ruzana Ibrahim sebagai Syazana
  • Erwin Dawson sebagai Rafiz
  • Ain Edruce sebagai Fatin
  • Azhar Amir sebagai Azim
  • Jasmine Ashraff sebagai Mazni
  • Farisha Irwayu sebagai Pn Zalima
  • Badrul Muhayat sebagai En Shamsul
  • Riz Amin sebagai Daris
  • Hanna Aqeela sebagai Zarina
  • Shahz Jaszle sebagai Azham

Muzik dan runut bunyi

Rujukan

  1. ^ Syanty Octavia Amry (31 Mei 2019). Berlakon bagai bercuti - Hannah & Shukri Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  2. ^ "30 Pesanan Suara". MyInfoTaip. 9 April 2019. Dicapai pada 10 April 2019.
  3. ^ 30 Pesanan Suara (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Julai 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Ahad, 7:00 petang
Sebelumnya 30 Pesanan Suara Berikutnya
Kamar Kamariah Bukan Cinta Aku