Anak Bapak

Anak Bapak
PengarahP. Ramlee
Penulis
  • Amar Jaffa (cerita)
  • P. Ramlee
  • A. R. Tompel
Lakon layarA. R. Tompel
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
Dibintangi
  • P. Ramlee
  • Roseyatimah
  • A. R. Tompel
  • Ruminah Sidek
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Merdeka Film Productions
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1968
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Anak Bapak merupakan sebuah filem komedi keluarga Melayu yang diterbitkan di Merdeka Film Productions, Malaysia pada tahun 1968. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini juga menampilkan dan melengkapkan tiga trio Do Re Mi.

Pengarah

Filem Anak Bapak diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1968.

Sinopsis

Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato' Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. Dato' Mahfiz yang tinggal berjauhan dengan Harun tanpa sebarang ragu mengirim wang berjumlah 5,000 ringgit. Selain membayar segala hutangnya Harun juga menggunakan wang pemberian bapanya itu untuk membantu pekerja ladangnya yang menghadapi masalah kewangan. Konflik timbul apabila Dato' Mahfiz datang melawat Harun dan 'isteri' sedangkan Harun masih belum berkahwin. Lantas isteri Salleh pemandunya jadi pinjaman untuk sementara. Norma yang tahu cerita sebenar mengugut akan membocorkan rahsia ini kepada Dato' Mahfiz dan meminta sejumlah bayaran. Harun dengan segera memberikan cek tanpa Norma ketahui merupakan cek tendang. Dalam masa yang sama Harun telah menaruh hati kepada jururawat yang menjaga bapanya iaitu Halimah. Mereka saling bercinta dan telah berkahwin secara senyap tanpa diketahui oleh bapanya. Tembelang mereka pecah apabila Norma datang berjumpa dengan Dato' Mahfiz mengadu tentang cek tendang yang diberikan oleh Harun konon untuk menutup mulutnya. Akhir cerita Harun didapati tak bersalah dan yang bersalah dalam hal ni ialah Norma kerana ingin memburuk-burukkan keluarga Harun. Oleh itu dia dihukum berkahwin dengan Dato' Mahfiz.

Pelakon

  • P. Ramlee sebagai Harun
  • Roseyatimah sebagai Halimah
  • A. R. Tompel sebagai Dato' Mahfiz
  • Ruminah Sidek sebagai Norma
  • Ibrahim Din sebagai Salleh
  • Noran Nordin sebagai Edah
  • Sharif Babu sebagai Cetty Lingam
  • Mak Enon sebagai Ainon — Orang Gaji Dato’ Mahfiz
  • Karim Latiff sebagai Rashid — Pengurus Cik Norma
  • Idris Hashim sebagai Mr. Secretary (pa datuk mahfiz)
  • Ahmad Dadida sebagai Karim — Seorang Pekerja Ladang Dato' Mahfiz
  • Nor Jin sebagai Datuk Halimah
  • Nasir P. Ramlee sebagai Jalil office boy
  • Sazali P. Ramlee sebagai Zali Boy
  • Minah Hashim sebagai Mak Halimah
  • Saloma sebagai dirinya sendiri (penampilan khas)
  • Pak Yem

Lagu

  • Anak Bapak nyanyian Puan Sri Saloma
  • Ada Ubi Ada Batas nyanyian Ruminah Sidek
  • Keroncong Kuala Lumpur nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Terbang Burung Terbang nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Kalau Jodoh Tak Ke Mana nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma

Pautan luar