Baizura Kahar

Baizura Kahar
Kelahiran
Nurbaizura binti Ahmad Kahar

(1982-02-08) 8 Februari 1982 (umur 42)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan
  • Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi
  • Ijazah dalam Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPelakon, penulis
Tahun aktif2006–kini
PasanganWan Mohd Ariff (k. 2010)

Nurbaizura Ahmad Kahar (lahir 8 Februari 1982) merupakan seorang pelakon dan penulis wanita Malaysia, yang meraih kejayaan tempoh singkat dalam bidang lakonan.

Berkelulusan dalam Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya, Baizura memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.

Baizura diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.

Namun pada 2008, Baizura mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan. Hayat beliau dalam industri sejak 2006 hingga 2008 namun berjaya memukau peminat filem dengan bakat besarnya.[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Cinta Lana Filem pertama
2008 Dunia Baru The Movie Erika
Sepi Imaan
Susuk Nora

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006-2008 Dunia Baru Erika TV3
2007 Manjalara Dania
Cinta Medik TV9
2011 Peliknya Cinta[2] TV1
2021 Dukun Diva Astro Citra Sebagai penulis
2022 Histeria The Series
Seribu Nina Viu
Ijab Kabut
2023 W: Two Worlds

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Kalis Cinta TV1

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Skrin 2008 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang

Rujukan

  1. ^ Baizura Kahar tinggalkan dunia lakonan, tumpu tulis skrip mStar Online (7 Februari 2014). Dicapai pada 2 Mei 2014.
  2. ^ Budiey (22 September 2011). Drama Peliknya Cinta lakonan Baizura Kahar Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2013.

Pautan luar