Barat Daya (Pulau Pinang)

Daerah Barat Daya
داٴيرە بارت داي
Barat Daya Pulau Pinang
Daerah di Malaysia
Lokasi Daerah Barat Daya di dalam negeri Pulau Pinang.
Lokasi Daerah Barat Daya di dalam negeri Pulau Pinang.
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatBalik Pulau
Bandar terbesarBayan Lepas
Pentadbiran
 • Yang Dipertua MPPPDato' Patahiyah binti Ismail
 • Pegawai DaerahMohd Hafiz Aswad bin Nadzri[1]
Keluasan
 • Jumlah176 km2 (68 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah237,738
 • Kepadatan1,400/km2 (3,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
11xxx
Kod panggilan+604-2xxxxxx, 604-6xxxxxx, 604-8xxxxxx (talian tetap)
Awalan plat kenderaanP
Laman sesawanghttp://www.mpsp.gov.my
Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang

Daerah Barat Daya ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Balik Pulau.

Sejarah

Sejarah Pejabat Daerah dan Tanah bagi daerah Barat Daya bermula dengan pembinaan pejabatnya oleh seorang Penghulu dari pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris, Datuk Bahauddin pada tahun 1880. Pembentukan Pejabat Daerah ini adalah sejajar dengan pembangunan Pejabat Kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Di antara Pejabat Kerajaan yang kini menjadi bahan sejarah penting ialah Masjid Kongsi dan Hospital Daerah Balik Pulau.

Pembahagian pentadbiran

Daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu. 22 Mukim-mukim tersebut adalah:[2]

Peta daerah Barat Daya

mukim

nama-nama mukim nya adalah iaitu ;- 01 Sungai Pinang 02 Sungai Rusa 03 Permatang Pasir 04 Bagan Ayer Itam 05 Titi Teras 06 Kongsi 07 Kampong Paya 08 Sungai Burong 09 Pulau Betong 10 Dataran Ginting 11 Pantai Acheh 12 Telok Bahang 13 Bukit Sungai Pinang Rusa 14 Batu Itam 15 Bukit Balik Pulau 16 Pondok Upeh 17 Bukit Ginting 18 Bukit Pasir Panjang 19 Bukit Gemuroh 20 Bukit Relau 21 Telok Kumbar 22 Bayan Lepas

  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim A
  14. Mukim B
  15. Mukim C
  16. Mukim D
  17. Mukim E
  18. Mukim F
  19. Mukim G
  20. Mukim H
  21. Mukim I
  22. Mukim J

bandar

  1. Bandar Balik Pulau
  2. Bandar Bayan Lepas

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991 122,764—    
2000 159,129+29.6%
2010 197,131+23.9%
2020 237,735+20.6%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Barat Daya ialah seramai 237,738 orang dengan kepadatan penduduk 1,360 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Barat Daya merupakan Bumiputera, dengan peratusan 56.9 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 127,180
Cina 81,850
India 13,295
Lain-lain 1,068
Bukan warganegara - 14,345
Jumlah 237,738

Agama

Di daerah Barat Daya, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 58 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 28.3 peratus, agama Kristian sebanyak 5.8 peratus, agama Hindu sebanyak 5.1 peratus dan lain-lain agama sebanyak 2.2 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.6 peratus dari keseluruhan penduduk.[3]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 52 buah sekolah di daerah ini;[4]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 23
Sekolah Jenis Kebangsaan 16
Sekolah Menengah Kebangsaan 11
Sekolah Menengah Agama 1
Kolej Vokasional 1

Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan

  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 3 Mac 2014.
  2. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  3. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Sekolah di PPD Barat Daya-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang Diarkibkan 2014-03-03 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori