Bunut Payong

Bunut Payong merupakan sebuah Mukim di Daerah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan terletak tidak jauh dari pekan Wakaf Che Yeh, iaitu salah satu pusat perniagaan yang masyhur di Bandar Kota Bharu. Bunut Payong terletak dalam Parlimen P 021 Kota Bharu. Mukim - mukim lain di daerah Kubang Kerian ialah Demit, Kenali, Langgar, Lundang, Telok Baru, Wakaf Stan, Chicha, Wakaf Siku, dan Pulong. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Sejarah

Kampung Bunut Payong sekarang adalah terletak dalam Daerah Kubang Kerian. mengikut Sejarah, Kampong ini telah dibuka pada pertengahan abad ke 19 dan terletak dibawah Penguasaan Tuk Raja Lundang. Pada umumnya asal Kampung ini adalah entiti sebuah perkampungan kecil yang terletak ditebing muara Sungai Lundang atau sekarang digazet rasmi sebagai Sungai Lubuk Mulong yang merupakan jalan perhubungan utama masyarakat dahulu kala menghubungkan Kuala Pantai Senok (Laut) di sebelah timur dengan Sungai Kelantan disebelah barat. Batas sempadan asal Kampong Bunut Payong ini bermula dari Cabang Sungai Lubuk Mulong di belakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong di timur dan menganjur sepanjang kawasan tebing Sungai hingga ke sempadan Kampong Paloh disebelah barat. Cabang Sungai tersebut adalah merupakan batas sempadan asal antara Kampong Bunut Payong dengan Kampong Lundang yang terletak disebelah timur Kampong Bunut Payong.

Salasilah nama kepada Kampung Bunut Payong ini mempunyai pelbagai versi, namun satu versi yang paling tua adalah dikatakan ia diperoleh namanya disebabkan terdapat banyaknya Pokok Bunut yang tumbuh dikampong tersebut sehingga dikatakan keseluruhan Kampong tersebut hampir teduh kerana dipayungi oleh pokok bunut berkenaan. lalu disebabkan faktor inilah kampong ini beroleh nama Kampong Bunut Payong. hingga sekarang pokok bunut ini masih lagi terdapat dikampong tersebut khususnya dibahagian asalnya diantara sekitar kawasan Jambatan Bunut Payong di Jalan Kuala Krai.

Dari segi pentadbirannya pada masa lampau, Kampong ini ditadbir oleh seorang Penghulu dibawah perintah Tuk Raja Lundang yang bersemayam di Kampong Lundang. Pada tahun 1886 iaitu selepas daripada peristiwa angin besar di Kelantan yang berlaku pada tahun 1880 yang kemudian menyusul pula bencana kelaparan dan wabak penyakit hingga tahun 1884, Penghulu Kampung Bunut Payong ketika itu bernama Penghulu Tok Selamah telah dilantik dan diberikan hak oleh Tuk Raja Lundang bagi mentadbir sebahagian kawasan Lundang barat bermula dari batas sempadan asalnya di Cabang Sungai yang terletak dibelakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong disebelah barat hingga ke Lubok Kucing disebelah timur iaitu sekarang adalah dikawasan Jambatan Jalan Tengku Muhammad Maasum, keutara hingga ke Belukar Lundang yang sekarang kawasan ini masih dikenali sebagai Kampung Belukar yang terletak disebelah timur Paya Senang.

Sejak dari itu, Kampong Bunut Payong mengalami pentranfomasian dan menjadi status kepada sebuah perkampungan besar dan kekal sehingga sekarang. Kampong ini kemudian bertambah masyhur apabila wujudnya sistem penyebaran ugama yang dipelopori oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Tahir pada tahun 1931. Pada masa sekarang nama Bunut Payong telah diguna sebagai Kawasan Pentadbiran politik bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN Bunut Payong) mengantikan nama Dun Telipot pada tahun 1983.

Tokoh

Ahli Agama

Abdullah Tahir bin Haji Ahmad, Ulama

Artis

Ed Osmera, Pelakon


Rujukan

  • Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu[pautan mati kekal]
  • Sejarah Kampung Bunut Payong Di Kota Bharu.


  • l
  • b
  • s
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas

]

Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s