Daerah Rompin

Daerah Rompin is located in Bumi
Daerah Rompin
Daerah Rompin (Bumi)
Koordinat: 2°50′N 103°15′E / 2.833°N 103.250°E / 2.833; 103.250Koordinat: 2°50′N 103°15′E / 2.833°N 103.250°E / 2.833; 103.250Negara MalaysiaNegeri PahangPusatKuala RompinPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah RompinPentadbiran
 • Pegawai daerahAhmad Nasim Bin Dato' Haji Mohd Sidek [1]Keluasan • Jumlah5,246.88 km2 (2,025.83 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah98,065 • Kepadatan19/km2 (48/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)Poskod
26xxx
Kod panggilan+6-09Nombor plat kenderaanC

Rompin (Jawi: رومڤينcode: ms is deprecated ) merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Pahang, Malaysia.[3] Daerah ini mempunyai keluasan 5,246 kilometer persegi dan merupakan antara daerah yang terbesar di Pahang.

Etimologi

Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang pokok ru. Pokok ru itu unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping. Dipercayai ukur lilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai ru ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.

Pada tahun 1926, Kuala Rompin menjadi perkampungan nelayan sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik dari Singapura dan Kuantan. Pada tahun 1952, kerajaan Pahang menubuhkan empat sub-daerah iaitu Jerantut, Chenor, Triang dan Rompin. Bagi memudahkan penubuhan sistem pentadbiran, pegawai tadbir dilantik bersama penolong pegawai. Pada 16 Disember 1952, J.B. Melford telah dilantik sebagai penolong pegawai daerah Rompin yang pertama. Pentadbiran daerah Rompin dibahagikan kepada lima daerah iaitu Tioman, Endau, Pontian, Keratong dan Kuala Rompin. Kuala Rompin dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Pada 31 Julai 1976, Sultan Haji Ahmad Shah mengisytiharkan dan memashyurkan kawasan Rompin secara keseluruhan sebagai sebuah daerah di negeri Pahang.

Pentadbiran

Daerah Rompin ditadbir oleh Majlis Daerah Rompin yang berpusat di Kuala Rompin. Daerah ini terbahagi kepada enam mukim, lima bandar dan dua pekan.

Peta daerah Rompin

Mukim

  1. Endau
  2. Keratong
  3. Pontian
  4. Rompin
  5. Tioman
  6. Bebar

Bandar dan pekan

  1. Bandar Rompin (I, II, III, IV)
  2. Bandar Pontian
  3. Bandar Endau
  4. Bandar Muadzam Shah (I, II)
  5. Bandar Tioman
  6. Pekan Kuala Rompin
  7. Pekan Tioman

Geografi

Daerah Rompin terletak di selatan negeri Pahang bersempadan dengan;

Daerah Rompin merupakan sebuah daerah yang besar dan mempunyai keluasan hutan simpan yang besar iaitu seluas 1,334 kilometer persegi atau 25 peratus dari jumlah keluasan daerah ini. Kawasan hutan simpan ini banyak tertumpu di bahagian utara dan barat daerah manakala hutan paya bakau tertumpu di kawasan perairan daerah.[4] Daerah Rompin juga terdapat beberapa pulau di perairannya seperti Pulau Tioman, Pulau Tulai, Pulau Sembilang, Pulau Seri Buat, Pulau Aceh, Pulau Layak dan Pulau Labas.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.58 °C (79.8 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.3 °C (81.1 °F). Bulan Disember dan Januari dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.8 °C (78.4 °F).[5] Purata kerpasan di Rompin adalah 2625.9 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 581 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 111.4 milimeter.[5]

Data iklim untuk Rompin (2009-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.8
(78.4)
26.4
(79.5)
26.8
(80.2)
27.2
(81.0)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
26.8
(80.2)
26.7
(80.1)
26.5
(79.7)
26.4
(79.5)
26.0
(78.8)
25.8
(78.4)
26.6
(79.8)
Purata kerpasan, mm (inci) 288.3
(11.35)
111.4
(4.39)
159.5
(6.28)
147.2
(5.80)
179.0
(7.05)
142.5
(5.61)
142.8
(5.62)
172.7
(6.80)
171.5
(6.75)
216.5
(8.52)
313.5
(12.34)
581.0
(22.87)
2,625.9
(103.38)
Sumber: ClimateCharts[5]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
198038,975—    
199180,251+105.9%
2000102,033+27.1%
2010109,848+7.7%
202098,065−10.7%
Pecahan etnik di Rompin - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
96.6%
Cina
  
1.8%
India
  
1.0%
Lain-lain
  
0.7%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Rompin ialah seramai 98,065 orang dengan kepadatan penduduk 19 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 96 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lapan peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 120:100. Terdapat 33,471 tempat kediaman dengan sebanyak 27,110 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 66 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 86,628
Cina 1,572
India 916
Lain-lain 587
Bukan warganegara N/A 8,362

Agama

Agama di Rompin - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
82.4%
Tidak beragama
  
13.4%
Buddha
  
2.0%
Hinduisme
  
1.2%
Kristian
  
0.6%
Lain-lain
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Rompin beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Kelompok kedua terbesar merupakan penduduk yang tidak beragama yang kebanyakannya terdiri daripada bumiputera selain Melayu. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India.[6]

Agama Jumlah
Islam 80,854
Buddha 1,999
Hindu 1,206
Kristian 626
Lain-lain 243
Tidak beragama 13,135
Tidak diketahui 2

Pengangkutan

Sistem jalan raya

Daerah Rompin mempunyai beberapa rangkaian jalan persekutuan dan jalan negeri yang menjadi medan perhubungan utama penduduk di sekitar daerah. Melalui Lebuhraya Bera, Rompin boleh dihubungkan dengan Serting dan Bahau di Negeri Sembilan. Lebuhraya Segamat Kuantan pula menghubungkan Rompin dengan Segamat, Lepar, Paloh Hinai dan Gambang. Negeri Pantai Timur dan Lembah Klang serta beberapa daerah lain di Pahang juga boleh dihubungkan dengan Rompin melalui Lebuhraya Pantai Timur menerusi susur keluar Gambang. Jalan Muadzam Shah Rompin menghubungkan bandar-bandar utama di Rompin iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Bandar Rompin manakala Laluan Persekutuan 3 menghubungkan Rompin dengan Kuantan, Pekan dan Mersing.

Rujukan

  1. ^ "PDT Rompin".
  2. ^ "Peta Sejarah Kuala Rompin - Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin". pdtrompin.pahang.gov.my.
  3. ^ "Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-03-11.
  4. ^ "Latar Belakang | Portal Rasmi Majlis Daerah Rompin". Dicapai pada 4 Mac 2023.
  5. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Rompin". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman