Fukuda Chiyo-ni

Chiyo-ni berdiri di sebelah perigi. Torehan kayu oleh Utagawa Kuniyoshi menggambarkan haiku termasyhur Chiyo-ni: mendapati baldi yang terbelit pokok bunga seri pagi, beliau akan pergi meminta air daripada mengganggu bunga tersebut.

Fukuda Chiyo-ni (Kaga no Chiyo) (福田 千代尼; 1703 - 2 Oktober 1775) ialah seorang pemuisi Jepun dalam zaman Edo, yang dianggap ramai sebagai seorang daripada penulis haiku wanita yang teragung.

Biografi

Dilahirkan di Matto, Wilayah Kaga (sekarang Hakusan, Wilayah Ishikawa) anak gadis seorang pembuat bingkai gambar, Chiyo-ni mula menulis puisi haiku pada usia tujuh tahun. Pada usia 17 tahun, beliau sudah menjadi popular di seluruh Jepun kerana puisinya. Mahupun kebanyakan puisi-puisinya berkaitan dengan dunia alami, puisi-puisinya mengutarakan kesatuan alam dengan manusia. Kehidupannya sendiri ialah sebagai seorang pemuisi haikai yang menyatukan kehidupan mereka dan dunia yang mereka diami di dalam diri mereka sendiri.

Guru-guru Chiyo-ni merupakan murid Matsuo Bashō, dan beliau setia dengan gaya Basho, walaupun beliau ada berkembang sebagai seorang individu yang berdiri sendiri. Hari ini, bunga seri pagi menjadi kesukaan penduduk kampung halaman Chiyo-ni oleh sebab beliau meninggalkan beberapa puisi tentang bunga tersebut.

Selepas menjadi seorang rahib, Chiyo-ni mengambil nama agama Buddha, Soen.[1]

Kebarangkalian beliau paling terkenal sebagai penulis haiku ini:

bunga seri pagi!
baldi perigi terbelit,
Ku pinta air
(trans. Donegan and Ishibashi)[2]

Kuil Shokouji di Hakusan mengandungi barang-barang persendirian beliau.

Rujukan

  1. ^ Patricia Donegan and Yoshie Ishibashi. Chiyo-ni: Woman Haiku Master, Tuttle, 1996. ISBN 0-8048-2053-8 p256
  2. ^ Donegan and Ishibashi, 1996 p172
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain
Persondata
Nama Chiyo-Ni, Fukuda
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas
Tarikh kelahiran 1703
Tempat kelahiran
Tarikh kematian 2 October 1775
Tempat kematian


  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.