Gunung Datuk

Gunung Datuk is located in Bumi
Gunung Datuk
Gunung Datuk (Bumi)
LokasiDaerah-daerah Rembau dan Kuala Pilah, Negeri SembilanInduk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Datuk merupakan sebuah gunung terletak di antara Batang Nyamor, Rembau dan Kuala Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, berketinggian setinggi 884 meter (2,900.26 kaki).

Bersama dengan Gunung Tampin, gunung ini merupakan salah satu dua gunung di penghujung selatan banjaran Titiwangsa.[1]. Tambahan lagi, kedua-dua gunung tersebut adalah sebahagian daripada laluan Trans-Naning.

Sejarah

Dinamakan sempena Datuk Perpatih Nan Sebatang (pengasas Adat Perpatih), gunung ini memainkan peranan yang penting dalam lipatan sejarah Negeri Sembilan. Ini kerana, di gunung ini beliau bermusyawarah bersama pemimpin-pemimpin lain untuk melantik seorang datuk lembaga yang baru pada sekitar tahun 1372. Oleh itu, ia juga terkenal dengan gelaran Gunung Beradat.

Jenis hutan

Gunung Datuk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Galeri

  • Puncak berbatu granit di Gunung Datuk
    Puncak berbatu granit di Gunung Datuk
  • Pemandangan jajaran selatan Banjaran Titiwangsa berhampiran pekan Kota, dengan Gunung Datuk boleh dilihat di sebelah timur (ke kanan gambar).
    Pemandangan jajaran selatan Banjaran Titiwangsa berhampiran pekan Kota, dengan Gunung Datuk boleh dilihat di sebelah timur (ke kanan gambar).

Rujukan

  1. ^ Aktiviti daki gunung semakin popular

Pautan luar

  • Taman Eko Rimba Gunung Datuk
  • Kerajaan tua di sebalik Gunung Datuk
  • Hutan Lipur Gunung Datuk