Ikonoklasme Byzantium

Salib kosong: contoh seni ikonoklastik di gereja Hagia Irene di Istanbul.

Ikonoklasme Byzantium (Bahasa Yunani Kuno: Εἰκονομαχίαcode: grc is deprecated , Eikonomachíacode: grc is deprecated , 'pergelutan imej', 'peperangan ikon'; Jawi: ايكونوكلسمى بيزنتيومcode: ms is deprecated ) merupakan dua zaman dalam sejarah Empayar Byzantium apabila pihak berkuasa agama dan empayar dalam Patriarkat Ekumenikal, yang terdiri daripada mazhab Rom-Latin dan Ortodoks Timur, menentang penggunaan imej atau ikon keagamaan. Ikonoklasme Pertama[1] berlaku sekitar tahun 726 dan 787 manakala Ikonoklasme Kedua berlaku antara tahun 814 dan 842.[2] Umumnya, Ikonoklasme Byzantium bermula dengan pengharaman imej-imej agama oleh Maharaja Byzantium Leo III dari Isauria,[1] dan diikuti oleh pewaris-pewaris baginda.[3] Begitu banyak imej keagamaan yang dimusnahkan dan golongan yang menyokong pemuliaan imej-imej ini dianiaya. Kepausan pula teguh menyokong imej-imej keagamaan sepanjang zaman ini, meluaskan jurang perbezaan antara aliran Byzantium dan Carolus dalam kesatuan Gereja Eropah. Ia juga telah melemahkan kuasa politik Byzantium ke atas sesetengah bahagian Semenanjung Itali.

Ikonoklasme ialah perbuatan memusnahkan imej-imej, simbol atau monumen keagamaan dengan sengaja dalam sesebuah budaya, biasanya untuk tujuan keagamaan atau politik. Golongan yang melakukan atau menyokong ikonoklasme dipanggil ikonoklas, daripada Yunani yang bermaksud "pemecah ikon" (εἰκονοκλάσταιcode: grc is deprecated ), mengiaskan orang yang melanggar atau menghina dogma atau adat yang sudah lama berakar. Orang yang memuliakan atau menyanjungi imej keagamaan dikutuk sebagai "ikonolator" (εἰκονολάτρεςcode: grc is deprecated ). Secara normalnya mereka dipanggil golongan "ikonodul" (εἰκονόδουλοιcode: grc is deprecated ), atau "ikonofil" (εἰκονόφιλοιcode: grc is deprecated ). Istilah-istilah ini menjadi lazim setelah digunakan oleh ahli-ahli sejarah moden (dari abad ke-17) dan ia semakin meluas digunakan untuk topik-topik berkaitan dengan Byzantium lewat abad ke-20. Istilah Byzantium yang merujuk kepada perdebatan mengenai imej-imej keagamaan, ikonomaki, bermaksud "pergelutan imej". Sesetengah sumber juga mengatakan bahawa golongan Ikonoklas menafikan yang santo-santo dapat menjadi pengantara mereka untuk masuk syurga serta menolak keabsahan relik-relik suci; akan tetapi hal ini dipertikaikan.[2]

Ikonoklasme amnya didorongi tafsiran Sepuluh Rukun dalam Perjanjian Lama yang melarang pembuatan "patung ukiran untuk dirimu atau wujudkan apa-apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau di dalam air di bawah bumi." (Keluaran 20:4-5, Ulangan 5:8-9). Kedua-dua zaman ikonoklasme di Empayar Byzantium abad ke-8 dan 9 menggunakan perintah ini untuk membincangkan jika gambar-gambar tokoh suci, seperti Yesus Kristus, Perawan Maria (atau Teotokos) dan para santo, boleh digunakan. Perdebatan ini bermula kerana perubahan dalam cara ibadat Ortodoks, yang berlaku kerana pergolakan masyarakat dan politik pada abad ke-7 di Empayar Byzantium.

Sesetengah penjelasan tradisional mengatakan ikonoklasme Byzantium berlaku kerana Islam mengharamkan imej dan telah mempengaruhi pemikiran Byzantium. Contohnya menurut ahli sejarah Arnold J. Toynbee,[4] kemenangan tentera Islam pada abad ke-7 dan ke-8 mendorong penganut-penganut Kristian Byzantium untuk mengikut amalan Islam dan menolak serta memusnahkan imej-imej sembahan. Golongan wanita dan biarawan pula turut menyokong pemuliaan imej. Terdapat juga hujah berkaitan masyarakat dan kelas, yang mana ikonoklasme menyebabkan perpecahan politik dan ekonomi di Byzantium; orang bukan Yunani dan lebih miskin di timur Empayar[5] yang sentiasa diserbu oleh tentera Arab menyokong ikonoklasme. Sebaliknya, orang Yunani yang lebih kaya di Konstantinopel dan juga tinggal di wilayah-wilayah Balkan dan Itali menentang Ikonoklasme.[5] Penilaian semula bukti-bukti daripada teks dan bahan lain dari zaman Ikonoklasme Byzantium telah mencabar banyak tanggapan dan fakta lama. Ikonoklasme Byzantium kemudiannya mempengaruhi reformasi Protestan.[6][7]

Latar belakang

Ikonoklasme Byzantium, manuskrip Psalterium Chludov, abad ke-9.[8]

Pada abad ke-6, agama Kristian sangat percaya orang-orang kudus boleh memberikan perantaraan atau syafaat dengan Tuhan. Kepercayaan ini berasaskan konsep hierarki kesucian, yang mana Tritunggal berada di kedudukan tertinggi, diikuti oleh Perawan Maria—dipanggil dalam bahasa Yunani Teotokos ("pelahir Tuhan") atau Meter Theou ("Ibu Tuhan ")—orang-orang kudus, lelaki suci yang hidup, wanita suci yang hidup, dan pegawai gereja, diikuti oleh seluruh umat manusia. Oleh itu, untuk mendapatkan berkat atau perkenan ilahi, orang Kristian dahulu seperti orang Kristian hari ini akan meminta seorang perantara, seperti santo atau Teotokos, atau orang Kristian yang masih hidup yang dipercayai adalah suci, untuk menjadi perantara mereka dengan Kristus. Selain itu, kuasa objek suci dan kehadiran fizikal seperti relik dan imej suci (atau ikon) juga signifikan dalam amalan Kristian awal.[9]

Disebabkan hal ini, golongan yang beriman akan menziarahi tempat-tempat yang Kristus atau santo dan orang syahid pernah berada, seperti Makam Suci di Baitulmuqaddis. Relik, atau objek suci, yang dikatakan ialah peninggalan atau kononnya pernah disentuh oleh Kristus, Siti Maria atau seorang santo juga banyak digunakan dalam amalan Kristian pada zaman ini. Relik, yang amat dimuliakan pada zaman ini, berfungsi sebagai kehadiran fizikal ilahi. Akan tetapi isunya ialah ia tidak dapat disalin atau dihasilkan semula, maka penganut perlu menziarahinya atau berjumpa seseorang yang pernah menemuinya.

Imej banyak digunakan pada zaman ini dan menyebabkan pertentangan pendapat dalam gereja—tetapi sejauh mana pendapat-pendapat itu sampai kini tidak jelas. Imej-imej dalam bentuk mozek dan lukisan digunakan di banyak gereja, rumah dan tempat-tempat lain seperti di atas gerbang kota, dan sejak pemerintahan Justinianus I, imej mula menjadi penting dari segi rohani dan ada kuasa tersendiri, seperti "berkelakuan atau berperangai seperti mana subjek yang di dalamnya disangka akan berkelakuan atau berperangai. Ia dapat memberitahu hasratnya ... Ia mendidik ajaran agama, ... Apabila diserang ia berdarah, ... [dan] Dalam sesetengah kes dapat mempertahankan diri daripada orang kafir secara fizikal ...".[10] Artifak-artifak penting mula muncul sekitar tahun 570 dan nampak seolah-olah bukannya dibuat oleh tangan manusia (akheiropoieta). Imej-imej mukjizat ini dianggap sebagai relik kontak yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, dan dilihat sebagai bukti bahawa ikon boleh digunakan dalam penyembahan. Dua contoh artifak begini ialah sehelai kain dengan wajah Yesus dipanggil Mandylion dari Edessa (kini masih di sana), dan Imej Camuliana dari Kapadokia, dahulu di Konstantinopel. Imej Camuliana dilihat sebagai objek suci yang telah membantu dalam pertempuran dan melindungi Konstantinopel semasa pengepungan Parsi-Avar pada tahun 626, apabila ia diarak mengelilingi tembok kota oleh Patriark. Kedua-duanya mempunyai imej Kristus dan dalam sesetengah riwayat dikatakan terhasil apabila Yesus menekapkan kain pada wajahnya. Dalam kisah yang lain Mandylion, ia dikatakan telah dilukis oleh Santo Lukas atau orang lain pada zaman Perjanjian Baru. Ini menunjukkan bahawa Kristus dan Perawan Maria menyokong penggunaan ikon dan ia telah digunakan dalam agama Kristian sejak awal lagi. G. E. von Grunebaum menyatakan, "Ikonoklasme pada abad kelapan dan kesembilan merupakan kemuncak sebuah gerakan yang berakar umbi dalam kepercayaan Kristian mengenai ketuhanan."[11]

Abad ketujuh merupakan zaman krisis besar bagi Empayar Byzantium, menyebabkan peluasan penggunaan imej suci dan mengubah bagaimana reaksi orang terhadapnya. Tidak kiralah jika akheiropoieta ialah satu gejala atau punca, dari lewat abad ke-6 hingga ke-8 garisan figuratif yang membezakan antara imej yang tidak dibuat oleh tangan manusia dan imej buatan manusia mula menjadi kabur. Imej Kristus, Teotokos dan orang-orang kudus semakin dianggap—seperti relik, relik kontak dan akheiropoieta—sebagai wahana untuk mencapai ilahi. Dengan berdoa di hadapan imej tokoh suci, doa-doa orang beriman lebih mudah makbul apabila hampir dengan objek suci. Perubahan dalam cara ibadat nampaknya adalah tindak balas semula jadi yang terhasil kerana kesukaran pada abad ke-7. Perubahan ini tidak dirancang atau dikawal oleh pihak Gereja. Walaupun Majlis di Trullo pada tahun 692 tidak menyuruh sembahyang pada imej, ia menyatakan bahawa Kristus patut digambarkan sebagai manusia (bukannya secara simbolik sebagai anak biri-biri) untuk menunjukkan dia juga manusia.[12] Kerana Yesus menjelmakan dirinya sebagai manusia, membuat imej Yesus dibolehkan sama seperti imej orang-orang kudus dan manusia lain.[13] Peristiwa 'Ikonoklasme Byzantium' boleh dianggap sebagai cara Gereja dan pihak berkuasa empayar cuba mengawal amalan orang ramai sebagai tindak balas kepada perubahan ini.

Kebangkitan Islam pada abad ke-7 juga mempengaruhi keputusan menggunakan ikon. Kepercayaan Islam dahulu menekankan bahawa ikon ialah perbuatan yang tidak semenggah. Sarjana-sarjana dahulu juga cuba mengaitkan Ikonoklasme Byzantium dan Islam dengan mengatakan bahawa maharaja-maharaja Byzantium ternampak kejayaan awal Kekhalifahan dan memutuskan yang penyembahan ikonografi di Byzantium (lawan kepada anikonisme Islam) telah membuat Tuhan murka. Akan tetapi, hujah ini tidak begitu munasabah. Penggunaan imej berkemungkinan telah menjadi lazim dalam tahun-tahun sebelum ikonoklasme bermula.[14] Satu perubahan besar datang pada tahun 695, apabila Justinianus II meletakkan wajah Kristus pada belah kepala syiling-syiling emas. Bagaimana hal ini mengesankan golongan yang menentang penggunaan ikon tidak diketahui tetapi perubahan ini menyebabkan Khalifah Abdul Malik untuk berhenti sepenuhnya menggunakan syiling Byzantium dan sebaliknya mencipta syiling dengan tulisan Islam sahaja.[15] Ini lebih menyerupai dua golongan yang tegar dengan pandangan masing-masing (penyokong/penentang imej), bukannya satu empayar ingin meniru empayar satu lagi. Isu kedua ialah ikonoklasme Islam tidak membenarkan orang atau binatang yang hidup digambarkan, bukan sahaja imej keagamaan. Sementara itu, ikonomaki atau fahaman antiikon Byzantium hanya fokus pada sama ada imej dikira suci atau tidak. Kesimpulannya, walaupun kebangkitan Islam telah membuatkan imej suatu isu dan perbincangan, ikonoklasme Islam bukannya punca imej diperdebatkan dalam masyarakat Byzantium secara langsung. Malah, wilayah-wilaya Islam merupakan tempat yang selamat untuk golongan yang menyokong ikon.[16] Namun, ada yang berpendapat bahawa kerana latar belakang Suryani Leo III, beliau mungkin telah dipengaruhi amalan Islam dan menjadi orang pertama yang membuang imej-imej agama.[17]

Matlamat golongan ikonoklas dahulu[18] adalah untuk mengislahkan gereja supaya menentang penyembahan imej, seperti yang mereka percaya adalah pendirian awal gereja. Dari segi teologi, perdebatan mereka berkisar pada dwisifat Yesus. Golongan ikonoklas percaya[19] bahawa ikon tidak dapat melambangkan kedua-dua sifat ketuhanan dan kemanusiaan Yesus serentak, hanya secara berasingan. Kerana ikon yang menggambarkan Yesus sebagai fizikal semata-mata ialah Nestorianisme, dan ikon yang menggambarkan dia sebagai manusia dan tuhan akan menyifatkan Yesus sebagai dua-dalam-satu, iaitu Monofisitisme, maka semua ikon dikira sebagai bidaah sesat.[20] Leo III pernah menyampaikan satu siri khutbah yang menyebut tentang tingkah laku golongan ikonodul (pemulia ikon) yang melampau batas, dan Leo III nyatakan amat bertentangan dengan Hukum-hakam Musa dalam Rukun Kedua.[21] Walau bagaimanapun, tidak ada hujah ikonoklas yang terperinci yang masih terpelihara; yang ada hanyalah petikan dan rujukan ringkas dalam tulisan-tulisan ikonodul. Sejak itu, ajaran Alkitab tentang ikon telah menjadi topik yang penuh pertikaian dalam masyarakat Kristian.

Taburan geografi

Kajian yang lebih baru telah menyangkal teori lama bahawa Ikonoklasme banyak tertumpu di timur Empayar Byzantium; kehadiran Ikonoklasme langsung tiada kaitan dengan jarak dari sempadan timur (Arab), menunjukkan bahawa penyebaran ikonoklasme berlaku tanpa pengaruh Islam.[22] Sebagai contoh, wilayah-wilayah barat seperti Kyklades menunjukkan bahawa mereka ikonoklas berdasarkan hiasan-hiasan gereja, manakala wilayah-wilayah timur seperti Cyprus (ketika itu diperintah bersama oleh Byzantium dan Arab) tetap menggunakan ikon. Sebaliknya, golongan ikonodul melarikan diri daripada Ikonoklasme dengan melolos ke wilayah-wilayah pinggiran, jauh dari pihak berkuasa empayar ikonoklastik di barat (Itali dan Dalmatia) dan timur, seperti Cyprus, pantai selatan Anatolia dan Pontus timur.[22] Ada kemungkinan juga Ikonoklasme lebih tertumpu di kawasan-kawasan timur Anatolia iaitu Isauria, Chaldia dan Cappadocia kerana kemenangan tentera maharaja-maharaja Isauria melawan orang-orang Arab di sempadan itu, serta pihak berkuasa empayar yang mantap di kawasan tersebut.[22]

Sumber

Sukar untuk memahami sepenuhnya zaman Ikonoklas di Byzantium kerana kebanyakan maklumat yang ada datang pemenang kontroversi itu, golongan ikonodul. Oleh itu, catatan yang lengkap, objektif, tidak berat sebelah dan tepat mengenai peristiwa itu dan pelbagai aspek kontroversi sukar didapati.[23] Zaman itu dipenuhi perdebatan sengit antara paderi-paderi, dan kedua-dua belah pihak mendakwa pihak lawan mereka adalah sesat, dan berusaha memusnahkan tulisan-tulisan mereka apabila boleh. Leo III dikatakan telah mengarahkan teks-teks ikonodul dimusnahkan pada awal tengkarah tersebut, dan rekod-rekod Majlis Kedua Nicea yang terakhir merekodkan bahawa buku-buku dengan muka surat yang hilang telah dilaporkan dan dibawakan kepada majlis.[24] Banyak teks, termasuk karya-karya biografi orang suci dan karangan sejarah serta khutbah dan karya teologi "diperbaiki", dipalsukan atau dikebelakangkan tarikhnya oleh golongan partisan, dan proses untuk cuba menilai siapa pengarang dan tarikh-tarikh sebenar, walaupun sedang diusahakan, adalah sangat sukar dan sangat teknikal. Kebanyakan teks ikonoklastik sudah hilang begitu saja, antaranya catatan yang tepat tentang majlis tahun 754, dan perincian hujah-hujah ikonoklastik kebanyakannya perlu dibina semula dengan melihat respons-respons yang lantang ahli ikonodul.

Antara sumber bersejarah besar dari zaman Ikonoklasme termasuk tawarikh-tawarikh Teofanes Sang Pengaku[25] dan Patriark Nikeforos,[26] kedua-duanya ikonodul tegar. Ramai ahli sejarah juga telah menggunakan hagiografi, seperti Kehidupan St. Stefenos Yang Muda,[27] yang mengandungi catatan terperinci, tetapi sangat berat sebelah, tentang penganiayaan semasa pemerintahan Constantinus V. Tiada catatan daripada ikonoklas tentang zaman ini telah terselamat, tetapi kehidupan orang-orang kudus tertentu nampaknya dipengaruhi unsur pandangan dunia ikonoklastik.[28]

Antara karya teologi utama termasuk tulisan Yuhana dari Damsyik,[29] Theodore dari Stoudios,[30] dan Patriark Nikeforos, kesemuanya ikonodul. Hujah-hujah teologi golongan ikonoklas tinggal hanya beberapa petikan terpilih dalam catatan-catatan ikonodul, yang paling utamanya Akta-Akta Majlis Kedua Nicea dan Antiretika oleh Nikeforos.[31]

Zaman ikonoklasme pertama: 730 – 787

Hujah tentang ikon di hadapan maharaja, dalam Tawarikh Skylitzis

Peristiwa yang berlaku betul-betul sebelum kontroversi itu nampaknya ialah sebuah letusan gunung berapi dasar laut yang besar pada musim panas 726 di Laut Aegia antara pulau Thera (Santorini moden) dan Therasia, mungkin sehingga menyebabkan tsunami dan banyak kehilangan nyawa. Ramai, mungkin termasuk Leo III,[32] menganggap ini penghakiman Tuhan ke atas Empayar, dan memutuskan bahawa penggunaan imej ialah kesalahannya.[33][34]

Catatan klasik tentang permulaan Ikonoklasme Byzantium menceritakan bahawa antara tahun 726 dan 730, Maharaja Byzantium Leo III dari Isauria menitahkan imej Kristus di atas Gerbang Chalke, gerbang masuk Istana Besar Konstantinopel, diturunkan dan digantikan dengan salib. Kerana takut perbuatan itu menghina agama, beberapa orang yang ditugaskan untuknya dibunuh oleh sekumpulan ikonodul. Catatan mengenai peristiwa ini (ditulis amat lama kemudian) menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada sebab imej itu diturunkan adalah kerana beberapa kekalahan menentang orang Islam dan letusan pulau gunung berapi Thera,[35] yang Leo mungkin sangka bukti kemurkaan Tuhan akibat memuliakan imej dalam Gereja.[36]

Leo dikatakan pernah memanggil pemuliaan imej sebagai "kerja penyembahan berhala." Beliau juga melarang pemuliaan imej keagamaan dalam edik 730, tetapi ia tidak terpakai untuk seni-seni lain, seperti imej maharaja, atau simbol keagamaan seperti salib. "Beliau tidak rasa perlu merujukkan kepada Gereja, dan beliau nampaknya terkejut dengan betapa hebatnya orang ramai membangkangnya".[37] Germanos I dari Konstantinopel, Patriark Konstantinopel yang menyokong ikon, sama ada meletak jawatan atau dimakzulkan selepas larangan tersebut. Surat-surat Germanos yang masih terpelihara dari masa itu tidak banyak bercakap tentang teologi. Menurut Patricia Karlin-Hayter, apa yang membimbangkan Germanos ialah larangan ikon akan membuktikan bahawa Gereja telah sekian lama silap dan itulah yang orang Yahudi dan Islam mahukan.[38]

Patriark Germanos I dari Konstantinopel dengan ikon-ikon yang dipegang di udara oleh malaikat

Interpretasi ini sekarang diragui, dan perdebatan dan konfluk ini mungkin pada mulanya bermula di wilayah-wilayah dan bukan di istana empayar. Surat-surat Patriark Germanos dari tahun 720-an dan 730-an masih wujud mengenai Constantinus, uskup Nakoleia, dan Thomas dari Klaudioupolis. Dalam kedua-dua set surat (yang awalnya mengenai Constantinus, yang terkemudiannya Thomas), Germanos menegaskan sokongan beliau terhadap imej sambil berdukacita dengan kelakuan orang-orang bawahannya di gereja, yang nampaknya telah ragu-ragu dengan penyembahan imej. Germanos mengadu, "kini bandar-bandar dan ramai orang dalam kegelisahan yang besar mengenai perkara ini".[33] Dalam kedua-dua hal, usaha untuk memujuk lelaki-lelaki ini tentang keharusan imej sembahan telah gagal dan imej-imej telah dikeluarkan dari gereja-gereja mereka. Dalam surat-surat ini juga Germanos langsung tidak menyatakan yang orang-orang bawahannya akan dihukum jika mereka berubah. Beliau bukan bercakap tentang perpecahan dalam gereja tetapi tentang masalah yang berterusan, dan Germanos memanggil Maharaja Leo III, yang sering dilabelkan sebagai Ikonoklas pertama, sebagai penyokong imej. Germanos bimbang tindakan Constantinus dan Thomas akan mengelirukan orang biasa.

Pada peringkat ini dalam perdebatan ini, tiada bukti kukuh bahawa maharaja terlibat, kecuali Germanos yang mendakwa bahawa Leo III menyokong imej. Ini menimbulkan soalan kenapa Leo III digambarkan sebagai ikonoklas tegar dalam sejarah Byzantium. Hampir semua yang ditahui tentang zaman Leo III berasal daripada rekod bertulis, yang majoritinya dirakamkan lama selepas pemerintahan baginda, terutamanya Hidup oleh Stephen yang Muda dan Tawarikh Teofanes Sang Pengaku. Sumber-sumber penting ini sangat menyokong ikon dan memusuhi Maharaja Constantinus V (741–775). Sebagai bapa Constantinus, Leo juga menjadi sasaran. Pandangan sebenar Leo tentang pemuliaan ikon masih tidak jelas tetapi walau bagaimanapun, ia mungkin tidak mempengaruhi fasa awal konflik ini.

Awal tempoh ini, kedua-dua pihak nampaknya bukannya menghiraukan teologi tetapi lebih kepada bukti praktikal dan kesan-kesannya. Pada mulanya tidak ada majlis gereja, dan tiada patriark atau uskup terkemuka yang menyeru ikon disingkirkan atau dimusnahkan. Dalam proses memusnahkan atau mengaburkan imej, Leo dikatakan telah "merampas pinggan gereja yang berharga, kain mazbah, dan relikuari yang dihiasi dengan tokoh-tokoh agama",[37] tetapi beliau tidak mengambil tindakan tegas terhadap bekas patriark atau uskup ikonofil.

Di Barat, Paus Gregorius III mengadakan dua sinod di Rom dan mengutuk tindakan Leo, dan sebagai tindak balas, Leo merampas estet-estet paus di Calabria dan Sicily, memisahkan mereka serta Illyricum daripada pemerintahan Paus dan meletakkannya di bawah tadbir urus Patriark Konstantinopel.[39]

Majlis-majlis ekumenikal

Lukisan miniatur abad ke-14 tentang pemusnahan sebuah gereja atas arahan maharaja ikonoklas Constantinus V Copronymus

Leo mangkat tahun 741, dan putera mahkota baginda, Constantinus V (741 – 775), amat komited dengan menentang imej. Walaupun sangat berjaya sebagai maharaja dalam aspek ketenteraan dan budaya, Constantinus diingati dengan negatif oleh pelbagai catatan yang merakamkan kebencian baginda terhadap pemuliaan imej. Contohnya, Constantinus didakwa amat obses melawan imej-imej dan biarawan; disebabkan ini baginda telah membakar biara dan imej-imej, dan menukarkan gereja-gereja menjadi kandang kuda, menurut sumber-sumber ikonofil yang terpelihara.[40] Pada tahun 754, Constantinus memanggil Majlis Hieria yang disertai oleh 330 ke 340 uskup dan ia merupakan majlis gereja pertama yang membicarakan imej-imej agama. Constantinus khabarnya terlibat rapat dengan majlis itu dan mereka menyokong pendirian ikonoklas, yang mana 338 uskup yang hadir mengisytiharkan, "seni haram melukis makhluk-makhluk hidup mengkufuri doktrin asas penyelamatan kita—yakni, Penjelmaan Kristus, dan menyalahi keenam-enam muktamar suci. ... Barang siapa berusaha membuat rupa Orang-Orang Kudus sebagai gambar-gambar yang tidak bernyawa dengan bahan-bahan warna yang tiada bernilai (yang mana perbuatan ini adalah sia-sia dan diperkenalkan oleh syaitan), daripada melambangkan kebaikan dalam cara mereka hidup, dsb. ... maka terlaknatlah dia." Majlis ini mendakwa dirinya sebagai "Majlis Ekumenikal Ketujuh" yang sah,[41] tetapi keabsahannya tidak dihiraukan dalam mazhab Ortodoks atau Katolik kerana tiada seorang pun daripada partriak atau wakil lima orang patriark hadir: Konstantinopel tiada ketua gereja, dan Antiokhia, Baitulmuqaddis dan Iskandariah diperintah oleh orang Islam. Rom juga tidak menghantar sesiapa untuk mewakili mereka.

Ikon Majlis Ekumenikal Ketujuh (abad ke-17, Biara Novodevichy, Moscow)

Namun, Majlis Hieria bukan penamatnya. Hujah-hujah teologis kompleks yang menyokong dan menentang penggunaan ikon mula muncul. Constantinus sendiri menulis tentangan baginda terhadap imej, manakala Yuhana dari Damsyik, seorang biarawan Syria yang tinggal di luar jajahan Byzantium, menjadi penentang kuat ikonoklasme dalam karangan-karangan agama beliau.[42]

Sumber-sumber yang ada turut mendakwa Constantinus V menyerang biara-biara, mencampakkan relik ke dalam laut dan mengharamkan berdoa kepada santo. Para biarawan dipaksa berarak di Hipodrom, setiap seorang berpegang tangan dengan seorang wanita, melanggari sumpah mereka. Pada tahun 765, St. Stefanos Yang Muda dibunuh dan diangkat sebagai syahid dalam perjuangan Ikonfil. Begitu banyak biara di Konstantinopel disekularkan, dan ramai lagi biarawan yang lari ke kawasan-kawasan pinggir Empayar di mana mereka tidak dapat dicapai oleh pihak berkuasa.[42]

Leo IV (775 – 80), putera kepada Constantinus, tidak sebegitu taklid malah baginda cuba menjadi pengantara kedua-dua pihak. Apabila baginda mangkat, permaisurinya Irene naik takhta sebagai pemangku puteranya, Constantinus VI (780 – 97). Biarpun kerajaan baginda permaisuri nampaknya tidak begitu mengutamakan isu pemuliaan ikon, Irene memanggil sebuah majlis ekumenikal setahun selepas kemangkatan Leo, yang mengembalikan pemuliaan berimej. Ini mungkin dilakukan untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara Konstantinopel dan Rom.

Irene memulakan majlis ekomenikal baharu, yang nanti akan dipanggil Majlis Nicea Kedua, yang awalnya berhimpun di Konstantinopel pada tahun 786 tetapi diganggu unit-unit tentera yang setia kepada perjuangan ikonoklasme. Majlis bertemu semula di Nicea pada tahun 787 dan membalikkan dekri-dekri majlis ikonoklasme yang diadakan di Konstantinopel dan Hieria sebelum itu, dan dinamakan Majlis Ekumenikal Ketujuh. Maka, ada dua majlis yang dipanggil "Majlis Ekumenikal Ketujuh," yang pertama menyokong ikonoklasme, yang kedua menyokong pemuliaan ikon.

Tidak seperti majlis ikonoklas sebelum itu, majlis penyokong ikon disertai oleh wakil-wakil paus dan dekri-dekri mereka diluluskan oleh pihak kepausan. Gereja Ortodoks mengiktirafnya sebagai majlis ekumenikal terakhir yang sebenar. Ikon dimuliakan sepanjang pemerintahan pewaris Maharani Irene, Nikeforos I (memerintah 802 – 811), dan dua pemerintahan pendek selepas baginda.

Dekri Majlis Kedua Nicea

Pada 13 Oktober 787, Majlis Kedua Nicea mengisytiharkan bahawa, "imej-imej muktabar dan suci hendaklah dimuliakan di gereja-gereja suci Allah, yakni imej Tuhan dan Allah dan Penyelamat kita Yesus Kristus, Santa Teotokos Suci, dan para malaikat serta segala orang kudus. Ia harus diberikan penghormatan, bukan penyembahan sebenar seperti yang dilakukan kepada kudrat ilahi semata-mata tetapi sebagaimana kita menghormati salib yang menghidupkan, injil-injil suci, dan penyembahan-penyembahan suci yang lain" (terj. Price. (2018). Akta-akta Majlis Kedua Nicea. hlm. 564-5, dipendekkan).

Zaman ikonoklasme kedua: 814 – 843

Pada tahun 815, Maharaja Leo V dari Armenia memulakan zaman Ikonoklasme yang kedua, mungkin kerana menyangka kekalahan dalam perangnya sebagai tanda kemurkaan tuhan, serta kerana ingin meniru kejayaan ketenteraan Constantinus V. Orang Byzantium telah berkali-kali dikalahkan oleh Khan Krum dari Bulgaria, yang antara kejadian dalam zaman ini maharaja Nikeforos I terbunuh dalam pertempuran manakala maharaja Mikhael I Rangabe dipaksa turun takhta.[43] Pada bulan Jun 813, sebulan sebelum pemahkotaan Leo V, sekumpulan askar pecah masuk ke dalam makam diraja di Gereja Para Rasul Suci, membuka keranda Constantinus V dan merayu mendiang raja kembali dan selamatkan empayar.[44]

Ikon dari akhir abad ke-14-awal abad ke-15 yang menggambarkan "Kemenangan Ortodoks" di bawah permaisuri Byzantium Theodora menentang ikonoklasme pada tahun 843. (Koleksi Ikon Negara 18, Muzium British ).

Tidak lama selepas naik takhta, Leo V mula membincangkan jika ikonoklasme boleh dimulakan semula dengan pelbagai jenis orang, seperti paderi, biarawan dan ahli senator. Baginda dikatakan telah berkata kepada sekumpulan penasihat:

semua maharaja, yang menyokong dan memuliakan imej, bertemu ajal dalam pemberontakan atau dalam peperangan; tetapi mereka yang tidak memuliakan imej semuanya mati secara semula jadi, kekal berkuasa sehingga mangkat, dan kemudian disemadikan dengan segala penghormatan di makam empayar di Gereja Para Rasul Suci.[45]

Penyeksaan dan kesyahidan penyokong ikon, Uskup Euthymius dari Sardeis oleh Maharaja Byzantium dan ikonoklas Mikhael II pada tahun 824, dalam satu manuskrip abad ke-13

Leo kemudian membentuk sebuah "suruhanjaya" biarawan "untuk menyemak kitab-kitab lama" dan capai keputusan mengenai pemuliaan imej. Mereka tidak lama kemudian jumpa keputusan Muktamar Ikonoklas tahun 754.[46] Debat pertama lalu diadakan antara penyokong-penyokong Leo dengan paderi-paderi yang menyokong ikon dan diketuai oleh Patriark Nikeforos, tetapi keputusan tidak dapat dicapai. Namun, pada masa ini Leo sudah yakin dengan kebenaran ikonoklasme dan memerintahkan ikon di gerbang Chalke, yang Leo III kononnya pernah menyuruh diturunkan, digantikan dengan salib.[47] Pada tahun 815, satu keputusan rasmi dibuat oleh sebuah Muktamar di Aya Sofia untuk memulakan semula ikonoklasme.

Leo digantikan oleh Mikhael II, yang dalam surat tahun 824 kepada maharaja kerabat Carolus, Louis Yang Warak, menyatakan dukacitanya akan pemuliaan imej-imej di gereja dan amalan menggunakan ikon sebagai orang tua baptis untuk bayi semasa pembaptisan. Baginda mengesahkan dekri-dekri Majlis Ikonoklas tahun 754.

Mikhael digantikan oleh puteranya, Teofilus. Teofilus mangkat selepas menjadikan permaisurinya Teodora pemangku waris baginda yang belum cukup umur, Mikhael III. Sama seperti Irene 50 tahun sebelumnya, Teodora mengetuai pemulihan pemuliaan ikon pada tahun 843 di Majlis Konstantinopel, dengan syarat Teofilus tidak dikutuk gereja. Sejak itu, Ahad pertama dalam Puasa Agung disambut dalam Gereja Ortodoks dan dalam Ritus Katolik Byzantium sebagai hari raya "Kemenangan Ortodoks"

Hujah-hujah pergelutan ikon

Hujah golongan ikonoklas

Halaman dalam manuskrip Psalterium Chludov yang menyokong ikonodul ini, mengilustrasikan petikan "Mereka memberi aku hempedu untuk dimakan; dan apabila aku dahaga mereka memberi aku cuka untuk diminum" dengan gambar seorang askar memberi Kristus cuka pada span yang dilekatkan pada sebatang kayu. Di bawahnya ialah gambar Patriark Ikonoklas Konstantinopel yang terakhir, Ioannes VII memadamkan lukisan Kristus dengan span yang serupa dan dilekatkan pada kayu. Ioannes dikarikaturkan, di sini seperti di halaman-halaman lain, dengan rambut lurus yang tidak kemas dan tercacak keluar, untuk menggambarkan dia sebagai orang yang tidak bertamadun.
Nikeforos I dari Konstantinopel mengangkat ikon dan menginjak-injak Ioannes VII dari Konstantinopel. Manuskrip Psalterium Chludov.

Sisa-sisa hujah ikonoklas yang masih ada sebahagian besarnya hanya dapat ditemui dalam bentuk petikan atau ringkasan dalam karangan-karangan golongan ikonodul. Disebabkan ini, sukar hendak membina semula betapa popular atau meluasnya tulisan ikonoklas tanpa nampak berat sebelah. Namun, hujah-hujah teologis utama telah terakam kerana penulisan ikonofil harus merakamkan hujah yang disangkal. Perdebatan mereka nampaknya berkisar tentang keharusan Yesus digambarkan dan seterusnya keharusan imej tokoh-tokoh lain. Poin-poin utama dalam hujah golongan ikonoklas ialah:

  1. Ikonoklasme mengecam pembuatan apa-apa imej yang tidak bernyawa (contohnya lukisan atau patung) yang bertujuan untuk menggambarkan Yesus atau orang-orang kudus. Ikhtisar Definisi daripada Konsiliabulum Ikonoklastik yang diadakan pada tahun 754 mengisytiharkan:

    "Disokong oleh Kitab-kitab Suci dan Bapa-bapa, kami mengisytiharkan sebulat suara, atas nama Tritunggal Mahakudus, bahawa segala gambaran yang dibuat oleh seni jahat kaum pelukis daripada apa-apa bahan dan warna apa pun di mana-mana Gereja Kristian hendaklah ditolak dan disingkirkan dan dikutuk.... Jika sesiapa berani menggambarkan imej ketuhanan (χαρακτήρ, kharaktír - perwatakan) Firman selepas Penjelmaan (iaitu Yesus) dengan warna-warna material, dia adalah musuh Tuhan .... Jika sesiapa akan berusaha untuk mewakili bentuk-bentuk Orang Suci dalam gambar-gambar yang tidak bernyawa dengan bahan warna yang tidak ada nilainya (atas sebab perbuatan ini adalah sia-sia dan diperkenalkan oleh syaitan), daripada mengikut kebaikan mereka dalam hidupnya sendiri, maka dia ialah musuh Tuhan"[48]

  2. Bagi golongan ikonoklas, imej keagamaan yang sebenar mestilah 100% salinan yang serupa, yang mereka anggap mustahil kerana kayu dan cat tidak bernyawa atau hidup. Oleh itu, bagi golongan ikonoklas satu-satunya "ikon" Yesus yang benar (dan dibenarkan) ialah Perjamuan Kudus, yakni Tubuh dan Darah Kristus, seperti dalam doktrin Ortodoks dan Katolik.
  3. Mana-mana imej sebenar Yesus mesti boleh menggambarkan kedua-dua sifat ketuhanannya (yang mustahil kerana ia tidak dapat dilihat atau dirangkumi) dan sifat manusianya (yang mampu dilakukan). Tetapi dengan membuat ikon Yesus, sifat manusia dan ketuhanannya dipisahkan, kerana hanya sifat manusia Yesus yang dapat digambarkan (memisahkan dua sifat Yesus dikira sebagai Nestorianisme), atau sifat manusia dan ketuhanannya digambarkan sebagai satu (menyatukan sifat manusia dan ketuhanan dikira sebagai Monofisitisme).
  4. Menggunakan ikon untuk agama dikira sebagai bidaah yang tidak sesuai dalam Gereja, dan menyerupai amalan berhala.

    "Syaitan menyesatkan manusia, supaya mereka menyembah makhluk dan bukannya Pencipta. Hukum Musa dan para Nabi bekerjasama untuk menghapuskan kehancuran ini... Tetapi tukang-tukang kejahatan yang disebutkan tadi... beransur-ansur mengembalikan penyembahan berhala dengan rupa agama Kristian."[49]

    Ia juga dianggap menyimpang daripada tradisi gereja kuno, yang ada catatan bertulis yang melarang imej-imej agama. Kanon 36 Muktamar Elvira Sepanyol menyatakan, "Diputuskan bahawa tidak boleh ada gambar di gereja, supaya apa yang dimuliakan dan disembah tidak boleh dicat di dinding."[50] Eusebius dari Kaisaria mungkin telah menulis surat kepada Constantia (adik perempuan Maharaja Constantinus) yang mengatakan, "Menggambarkan bentuk manusia Kristus semata-mata sebelum perubahannya pula melanggar perintah Tuhan dan merupakan kesilapan yang dipengaruhi kepercayaan sembah berhala.";[52] Uskup Epifanius dari Salamis menulis surat 51 beliau kepada Yuhana, Uskup Baitulmuqaddis (s. 394) dan menceritakan bagaimana beliau telah menurunkan sebuah imej di sebuah gereja dan menegur uskup yang lain bahawa imej-imej tersebut "bertentangan ... dengan agama kita.“,[53] namun kesahihan surat ini juga telah lama dipertikaikan dan masih belum pasti.[54] Walau bagaimanapun, semakin agama Kristian tersebar di kalangan orang bukan Yahudi dengan tradisi imej-imej keagamaan, terutamanya selepas Constantinus memeluk Kristian (s. 312), dan kemudian dalam abad yang sama agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, ramai orang baru masuk gereja-gereja awam yang besar dan baru, yang mula dihiasi dengan imej-imej yang tentu diilhamkan oleh menarik sebahagian daripada seni empayar dan berhala: "Gambaran Kristus sebagai Tuhan Yang Mahakuasa di atas takhta penghakimannya dipengaruhi gambar-gambar Zeus. Potret Bonda Tuhan menyerupai dewi-dewi ibu berhala yang dipuja dahulu. Dalam pemikiran orang, orang-orang kudus mula mengambil peranan yang sebelum ini dipegang oleh pahlawan dan tuhan.[55]

Hujah golongan ikonofil

Penentang utama teologi ikonoklasme ialah Mansur (Yuhana dari Damsyik)—biarawan yang tinggal di wilayah Islam sebagai penasihat Khalifah Damsyik, dan cukup jauh dari maharaja Byzantium untuk mengelakkan dihukum—dan Theodore dari Stoudios, rahib Biara Stoudios di Konstantinopel.

Yuhana menyatakan beliau tidak menyembah ciptaan, "sebaliknya pencipta jirim." Beliau juga berkata, "Namun saya juga memuliakan jirim yang melaluinya penyelamatan datang kepada saya, seolah-olah dipenuhi tenaga dan rahmat ilahi." Antara objek-objek yang termasuk dalam kategori kedua ini ialah dakwat yang digunakan untuk menulis kitab-kitba injil, juga cat imej-imej, kayu Salib, dan tubuh dan darah Yesus. Perbezaan antara penyembahan dan pemuliaan ini ialah kunci dalam hujah-hujah golongan ikonofil.

Hujah balas para ikonofil terhadap ikonoklasme termasuk:

  1. Larangan Alkitab yang melarang membuat imej Tuhan telah dimansuhkan kerana Yesus, yang merupakan Tuhan dalam bentuk manusia, telah datang ke Bumi. Oleh itu, mereka bukannya menggambarkan Tuhan yang tidak boleh dilihat tetapi Tuhan sebagaimana Dia menampakkan dirinya sebagai manusia. Mereka menggunakan idea Tuhan menjadi manusia untuk menyokong hujah mereka, manakala golongan ikonoklas menggunakan idea yang sama untuk menentang mereka. Mereka juga mengutarakan bukti-bukti dalam Perjanjian Lama yang lain: Tuhan mengarahkan Musa untuk membuat dua patung kerub daripada emas pada penutup Tabut Perjanjian menurut Keluaran 25:18–22, dan Tuhan juga menyuruh Musa menyulam tirai yang memisahkan Ruang Mahakudus dalam khemah Maskan dengan kerub Keluaran 26:31. Musa juga diarahkan oleh Tuhan untuk menyulam dinding dan atap khemah Maskan dengan patung malaikat kerub menurut Keluaran 26:1 .
  2. Selanjutnya, pada pandangan mereka, berhala menggambarkan peribadi yang tidak berintipati atau nyata manakala ikon menggambarkan peribadi yang sebenar. Hujah mereka ialah berhala adalah berhala kerana ia mewakili tuhan palsu, bukan kerana ia imej. Imej Kristus, atau orang sebenar lain yang pernah hidup dahulu, tidak boleh menjadi berhala. Ini dikiaskan dengan amalan Perjanjian Lama yang mana korban bakaran dipersembahkan hanya kepada Tuhan, dan bukan kepada tuhan lain.
  3. Mengenai tradisi bertulis yang menentang imej dibuat dan dimuliakan, berpendapat bahawa ikon adalah bahagian penting dalam tradisi yang telah diturunkan secara lisan (parádosis, dibenarkan dalam mazhab Katolik dan Ortodoks serta disokong tokoh-tokoh berwibawa seperti Basil Kaisaria yang Agung, dll.), memetik tulisan-tulisan patriark yang bersetuju menggunakan ikon, seperti Asterius dari Amasia, yang dipetik dua kali dalam catatan Majlis Kedua Nicea. Bukti daripada sejarah seni moden yang boleh membantu ikonodul memahami penggunaan imej dalam seni Kristian Awal tidak tersedia untuk mereka pada masa itu.
  4. Akheiropoieta, ikon yang dipercayai berasal daripada tuhan, dan keajaiban yang berkaitan dengan ikon-ikon banyak dibincangkan. Kedua-dua Kristus dan Teotokos kuat diriwayatkan pernah duduk untuk dilukiskan potret mereka pada masa-masa yang berbeza.
  5. Ikonofil seterusnya berhujah bahawa sama ada ikon patut dimuliakan patut dibuat hanya oleh majlis gereja, bukan maharaja. Justeru hujah ini turut melibatkan isu hubungan yang betul antara gereja dan negara. Sehubungan dengan itu, tidak memuliakan Tuhan adalah tidak munasabah sedangkan maharaja yang manusia sendiri mempunyai banyak potret, tetapi golongan ikonoklas tidak menentangnya.

Maharaja selalu mencampur tangan dalam hal-hal gereja sejak zaman Constantinus I lagi. Cyril Mango, sejarawan, menulis, "Kerana Nicea, majlis besar pertama Gereja, maharaja diikat supaya melakukan sesuatu yang bukan masalahnya, terutamanya definisi dan pemaksaan kepercayaan ortodoks, walaupun jika perlu dengan kekerasan." Ini berterusan dari mula hingga tamatnya kontroversi Ikonoklasme, dengan sesetengah maharaja menguatkuasakan ikonoklasme, dan dua maharani pemangku menguatkuasakan pengembalian pemuliaan ikon.

Dalam seni

Catan Itali abad ke-19, Orang-orang Ikonoklas, oleh Domenico Morelli

Sejumlah besar seni Byzantium telah ditelan oleh zaman Ikonoklasme, seperti mozek-mozek agama yang besar, yang kini hampir hanya boleh ditemui di Itali dan Biara St. Catherine di Mesir, dan juga ikon-ikon yang boleh dialih. Banyak seni di Thessaloniki telah hilang dalam Kebakaran Besar Thessaloniki 1917 dan Perang Yunani-Turki (1919–1922). Sebuah mozek besar yang menggambarkan majlis gereja di Istana Maharaja digantikan dengan gambar-gambar sekular, dan tidak ada pun isu dengan membuat imej biasa.

Salib kosong yang menggantikan mozek figuratif oleh Maharaja Constantinus V di mihrab Hagia Irene di Konstantinopel juga sesuatu amat sukar ditemui,[12] tetapi bangunan-bangunan lain juga mengalami perubahan yang sama. Di Nicea, foto-foto Gereja Dormition yang ditangkap sebelum ia dimusnahkan pada tahun 1922 menggambarkan Perawan Maria berdiri yang telah digantikan dengan salib yang besar, yang itu pula digantikan dengan Teotokos baru yang boleh dilihat dalam gambar-gambarnya.[56] Imej Camuliana di Konstantinopel pula seolah-olah telah dimusnahkan kerana kewujudannya sudah tidak lagi disebutkan.[57]

Reaksi di Barat

Zaman Ikonoklasme mengakhirkan Kepausan Byzantium. Sebelum itu, dua abad bermula dari pemerintahan Justinianus I, maharaja-maharaja di Konstantinopel mula-mula melantik paus di Rom kemudian maharaja meluluskan mereka sahaja, dan ramai paus berbahasa Yunani. Pada akhir kontroversi, paus bersetuju untuk membuat maharaja baru di dunia Barat, dan Gereja Barat tidak lagi menunjukkan rasa hormat terhadap Konstantinopel. Dunia Barat tidak begitu menentang ikon, dan Rom sangat menyokong penggunaan ikon.

Semasa Ikonoklasme yang memuncak, Paus Gregorius II telah menjadi paus sejak tahun 715, tidak begitu lama selepas mengikuti Paus Constantinus dari Syria ke Konstantinopel, di mana mereka berjaya menyelesaikan beberapa isu dengan Justinianus II yang timbul kerana keputusan yang dibuat di Majlis Quinisekstum tahun 692, yang tidak dihadiri oleh wakil-wakil gereja Barat. Daripada 13 wakil, Gregorius adalah salah satu daripada dua wakil yang bukan dari kawasan Timur; lawatan paus ini adalah yang terakhir ke bandar itu sehingga tahun 1969. Sebelum lawatan ini, terdapat konflik dengan Leo III kerana baginda mengenakan cukai yang tinggi ke atas kawasan-kawasan di bawah kawalan Paus.[48]

Kontroversi Ikonoklasme telah merosakkan hubungan Paus dan Maharaja. Paus Gregorius III mengisytiharkan semua ikonoklas dikucilkan, dan Maharaja menghantar satu ekspedisi ke Rom tetapi ia gagal. Pada tahun 754, Maharaja merampas harta Paus di Sicily, Calabria dan Illyria, dan pada tahun yang sama Paus Stefanos II membuat pakatan dengan Kerajaan Feringgi, menandakan permulaan berakhirnya sokongan Paus terhadap empayar Byzantium.[58]

Lihat juga

  • Petikan kata berkenaan Ikonoklasme Byzantium di Wikiquote

Rujukan

  1. ^ a b El Riachy, Zeina (2014). "The Iconoclastic Crisis in the Byzantine Empire". hemed.univ-lemans.fr. Dicapai pada 8 Julai 2023.
  2. ^ a b Humphreys, Mike (2021). "Introduction: Contexts, Controversies, and Developing Perspectives". Dalam Humphreys, Mike (penyunting). A Companion to Byzantine Iconoclasm. Brill's Companions to the Christian Tradition. 99. Leiden and Boston: Brill Publishers. m/s. 1–106. doi:10.1163/9789004462007_002. ISBN 978-90-04-46200-7. ISSN 1871-6377. LCCN 2021033871. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Humphreys 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Halsall, Paul (2021) [1996]. "Medieval Sourcebook: Iconoclastic Council, 754 – EPITOME OF THE DEFINITION OF THE ICONOCLASTIC CONCILIABULUM, HELD IN CONSTANTINOPLE, A.D. 754". Internet History Sourcebooks Project. New York: Pusat Pengajian Abad Pertengahan Universiti Fordham di Universiti Fordham. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2022. Dicapai pada 11 April 2022.
  4. ^ Toynbee, Arnold Joseph (1987). A Study of History: Abridgement of volumes VII-X. Oxford University Press. m/s. 259. ISBN 9780195050813.
  5. ^ a b Mango (2002).
  6. ^ Schildgen, Brenda Deen (2008). "Destruction: Iconoclasm and the Reformation in Northern Europe". Heritage or Heresy: 39–56. doi:10.1057/9780230613157_3. ISBN 978-1-349-37162-4.
  7. ^ Herrin, Judith (2009-09-28). Byzantium: The Surprising Life of a Medieval Empire (dalam bahasa Inggeris). Princeton University Press. ISBN 978-0-691-14369-9.
  8. ^ Byzantine iconoclasm
  9. ^ Brubaker & Haldon (2011).
  10. ^ Kitzinger (1977), m/s. 101 quoted, 85–87, 95–115.
  11. ^ von Grunebaum, G. E. (Summer 1962). "Byzantine Iconoclasm and the Influence of the Islamic Environment". History of Religions. 2 (1): 1–10. doi:10.1086/462453. JSTOR 1062034. S2CID 224805830.
  12. ^ a b Freeman, Evan (2021). "The Iconoclastic Controversy and Mosaics". Dalam Freeman, Evan (penyunting). Smarthistory Guide to Byzantine Art.
  13. ^ Wickham, Chris (2010). The Inheritance of Rome. England: Penguin. ISBN 978-0140290141.
  14. ^ Kitzinger (1977), m/s. 105.
  15. ^ Cormack (1985), m/s. 98–106.
  16. ^ Gero, Stephen (1974). "Notes On Byzantine Iconoclasm In The Eighth Century". Byzantion. 44 (1): 36. JSTOR 44170426.
  17. ^ Norwich, John Julius (1990). Byzantium The Early Centuries. London: Penguin. m/s. 354. ISBN 0-14-011447-5.
  18. ^ "Byzantine Icons". World History Encyclopedia. 30 Oktober 2019.
  19. ^ Gero, Stephen (1974). "Notes On Byzantine Iconoclasm In The Eighth Century". Byzantion. 44 (1): 36. JSTOR 44170426.
  20. ^ Mango, Cyril A. (1986). The Art of the Byzantine Empire 312-1453: Sources and Documents. University of Toronto Press. m/s. 166. ISBN 0802066275.
  21. ^ Norwich, John Julius (1990). Byzantium The Early Centuries. London: Penguin. m/s. 355. ISBN 0-14-011447-5.
  22. ^ a b c Juan Signes Codoñer (2016). The Emperor Theophilos and the East, 829–842 Court and Frontier in Byzantium During the Last Phase of Iconoclasm. Taylor and Francis. m/s. 20–21. ISBN 9781317034278.
  23. ^ Brubaker & Haldon (2001).
  24. ^ Noble (2011).
  25. ^ C. Mango dan R. Scott, terj., The Chronicle of Theophanes Confessor (Oxford, 1997).
  26. ^ C. Mango, ed. dan terj., The short history of Nikephoros (Washington, 1990).
  27. ^ M.-F. Auzépy, terj., La vie d'Étienne le jeune par Étienne le Diacre (Aldershot, 1997).
  28. ^ I. Ševčenko, "Hagiography in the iconoclast period," dalam A. Bryer dan J. Herrin, eds., Iconoclasm (Birmingham, 1977), 113–31.
  29. ^ A. Louth, tr., Three treatises on the divine images (Crestwood, 2003).
  30. ^ C.P. Roth, terj., On the holy icons (Crestwood, 1981).
  31. ^ M.-J. Mondzain, terj., Discours contre les iconoclastes (Paris, 1989), Keluaran 20:1-17.
  32. ^ Brown, Chad Scott (2012). "Icons and the Beginning of the Isaurian Iconoclasm under Leo III". Historia: The Alpha Rho Papers. 2: 1–9. Dicapai pada 31 Oktober 2019 – melalui epubs.utah.edu.
  33. ^ a b Mango (1977).
  34. ^ Beckwith (1979).
  35. ^ Pfeiffer, T. (2004, Februari 3). Geology of Santorini: volcanism. Dicapai 3 Jun 2024.
  36. ^ Memurut catatan oleh Patriark Nikeforos dan penulis sejarah Teofanes
  37. ^ a b Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997
  38. ^ Karlin-Hayter, P. (2002). Iconoclasm. The Oxford History of Byzantium, 153-168.
  39. ^ Knowles, D., & Obolensky, D. (1969). The Christian Centuries: Vol. Two The Middle Ages. Darton, Longman and Todd. m/s 108-109.
  40. ^ Haldon, John (2005). Byzantium A History. Gloucestershire: Tempus. m/s. 43. ISBN 0-7524-3472-1.
  41. ^ Halsall, Paul. "Internet History Sourcebooks Project". Fordham University.
  42. ^ a b Cormack (1985).
  43. ^ Pratsch (1997), m/s. 204–5.
  44. ^ Pratsch (1997), m/s. 210.
  45. ^ Scriptor Incertus 349,1–18, dipetik oleh Pratsch (1997, p. 208).
  46. ^ Pratsch (1997), m/s. 211–12.
  47. ^ Pratsch (1997), m/s. 216–17.
  48. ^ a b Hefele, Charles Joseph (Februari 2007). A History of the Councils of the Church: From the Original Documents, to the close of the Second Council of Nicaea A.D. 787. Wipf and Stock Publishers. ISBN 9781556352478.
  49. ^ Epitome, Majlis Ikonoklas di Hieria, 754
  50. ^ Elvira canons, Cua, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16, Placuit picturas in ecclesia esse non debere, ne quod colitur et adoratur in parietibus depingatur.
  51. ^ Gwynn (2007), m/s. 227–245.
  52. ^ The letter's text is incomplete, and its authenticity and authorship uncertain.[51]
  53. ^ "Letter 51: Paragraph 9". New Advent.
  54. ^ Gwynn (2007).
  55. ^ Chadwick, H. (1993). The Early Church: The Story of Emergent Christianity (Jil. 1). Penguin UK. 283.
  56. ^ Kitzinger (1977), m/s. 104–105.
  57. ^ Beckwith (1979), m/s. 88.
  58. ^ Savvas Neocleous (2009). Papers from the First and Second Postgraduate Forums in Byzantine Studies Sailing to Byzantium. Cambridge Scholars Publishing. m/s. 205. ISBN 9781443815123.

Bibliografi

  • Beckwith, John (1979). Early Christian and Byzantine Art (ed. 2nd). Penguin History of Art (now Yale). ISBN 0140560335.
  • Brubaker, L.; Haldon, J. (2001). Byzantium in the Iconoclast Era, c. 680-850: the sources: an annotated survey. Birmingham Byzantine and Ottoman Studies. 7. Aldershot: Ashgate. ISBN 978-0-754-60418-1.
  • Brubaker, L.; Haldon, J. (2011). Byzantium in the Iconoclast Era, c. 680-850: A History. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-43093-7.
  • Cormack, Robin (1985). Writing in Gold, Byzantine Society and its Icons. London: George Philip. ISBN 054001085-5.
  • Gwynn, David (2007). "From Iconoclasm to Arianism: The Construction of Christian Tradition in the Iconoclast Controversy". Greek, Roman, and Byzantine Studies. 47: 226–251.
  • Kitzinger, Ernst (1977). Byzantine art in the making: main lines of stylistic development in Mediterranean art, 3rd-7th century. Faber & Faber. ISBN 0571111548. (US: Cambridge University Press)
  • Mango, Cyril (1977). "Historical Introduction". Dalam Bryer & Herrin (penyunting). Iconoclasm. Centre for Byzantine Studies, University of Birmingham. ISBN 0704402262.
  • Mango, Cyril (2002). The Oxford History of Byzantium.
  • Noble, Thomas F. X. (2011). Images, Iconoclasm, and the Carolingians. University of Pennsylvania Press. ISBN 0812202961, ISBN 9780812202960.
  • Pratsch, T. (1997). Theodoros Studites (759–826): zwischen Dogma und Pragma. Frankfurt am Main.

Bacaan lanjut

  • Leslie Brubaker, Inventing Byzantine Iconoclasm, Bristol Classical Press, London 2012.
  • A. Cameron, "The Language of Images: the Rise of Icons and Christian Representation" in D. Wood (ed) The Church and the Arts (Studies in Church History, 28) Oxford: Blackwell, 1992, hlm. 1–42.
  •  Conybeare, Frederick Cornwallis (1911). "Iconoclasts" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 14 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 272–275.
  • H.C. Evans & W.D. Wixom (1997). The glory of Byzantium: art and culture of the Middle Byzantine era, A.D. 843-1261. New York: The Metropolitan Museum of Art. ISBN 9780810965072.
  • Fordham University, Medieval Sourcebook: John of Damascus: In Defense of Icons.
  • A. Karahan, "Byzantine Iconoclasm: Ideology and Quest for Power". Dalam: Eds. K. Kolrud and M. Prusac, Iconoclasm from Antiquity to Modernity, Ashgate Publishing Ltd: Farnham Surrey, 2014, 75–94. ISBN 978-1-4094-7033-5.
  • R. Schick, The Christian Communities of Palestine from Byzantine to Islamic Rule: A Historical and Archaeological Study (Studies in Late Antiquity and Early Islam 2) Princeton, NJ: Darwin Press, 1995, hlm. 180–219.
  • P. Brown, "A Dark-Age Crisis: Aspects of the Iconoclastic Controversy," English Historical Review 88/346 (1973): 1–33.
  • F. Ivanovic, Symbol and Icon: Dionysius the Areopagite and the Iconoclastic Crisis, Eugene: Pickwick, 2010.
  • E. Kitzinger, "The Cult of Images in the Age of Iconoclasm," Dumbarton Oaks Papers 8 (1954): 83–150.
  • Yuliyan Velikov, Image of the Invisible. Image Veneration and Iconoclasm in the Eighth Century. Veliko Turnovo University Press, Veliko Turnovo 2011. ISBN 978-954-524-779-8 (dalam bahasa Bulgaria).
  • Thomas Bremer, "Verehrt wird Er in seinem Bilde..." Quellenbuch zur Geschichte der Ikonentheologie. SOPHIA – Quellen östlicher Theologie 37. Paulinus: Trier 2015, ISBN 978-3-7902-1461-1 (dalam bahasa Jerman).