Jay Jay

Jay Jay
Latar belakang
Nama lahirMohd. Fauzi Darus
Juga dikenali sebagai
Jay Jay
Kelahiran (1957-06-06) 6 Jun 1957 (umur 66)
Kedah Kedah
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop, Pop Rock
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pemain bass, penerbit album
InstrumenVokal, Bass
Tahun aktif1979 - sekarang
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd., [[FMC Sdn. Bhd.]]
Pengkarya berkait
Kumpulan Carefree , Dayangku Intan

Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Darus merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti "Penyanyi Lelaki Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), "Vokal Terbaik Lelaki" pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan "Juara Kategori Pop Rock" pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu "Joget Angan Tak Sudah".

Selain dari menyanyi, beliau juga aktif dalam menjadi sessionist (bass) sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas. Beliau juga antara pemain bass terbaik Malaysia pada awal 90'an.

Keluarga

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki.[1] Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya.

Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.

Diskografi

Album bersama Carefree

  • Kebebasan (1979)
  • Kebebasan II (1979)
  • Kebebasan III (1980)
  • The Best of Carefree (1993) - kompilasi

Album solo

  • Jay Jay (1984)
  • Kau Yang Tersendiri (1985)
  • Keasingan Dalam Luka (1986)
  • Kurnia (1988)
  • Bersama (1990)
  • Jay Jay '97 (1997)
  • Emosi (2009)

Album kompilasi

  • Koleksi Abadi (1992)
  • Koleksi Abadi Vol. 2 (1994)
  • 3 Dimensi Pop Lelaki Terbaik (2000)
  • Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007)
  • Nostalgia Abadi: Khazanah Muzik Berzaman (2008)
  • 4 Bintang Popular - Vol. 2 (2011)

Album lain

  • Riang Ria Hari Raya (1985)
  • Hitam Putih Kehidupan (1987)
  • Gema Hari Raya (1989)
  • Kini Saatnya - Album Sukan SEA Ke-15 (1989)
  • Seikhlas Budi Aidilfitri (1994)

Duet bersama penyanyi lain

  • bersama Dayangku Intan
  1. Kita Insan Biasa (1988)
  2. Peralihan Zaman (1989)
  • bersama Ning Baizura
  1. Erti Pertemuan (2004)
  • bersama kumpulan Mirwana
  1. Aku Tanpa CintaMu (2004)
  • bersama Datuk Ramli Sarip
  1. Senandung Hidup Berbudi
  • bersama Syura
  1. Ghazal Perindu (2004)

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Nota Hasil
1988 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Penyanyi Lelaki Popular Menang
1998 Anugerah Industri Muzik Vokal Terbaik Lelaki Menang
1998 Juara Lagu 1998 Juara Kategori Pop Rock Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak Sudah Menang

Rujukan

  1. ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/23/mstar_hiburan/20090622175739&sec=mstar_hiburan
  • l
  • b
  • s
1987–kini