Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets
LokasiMalaysia
AlamatIndahpura, 81000 Kulai, Johor
Tarikh pembukaan11 Disember 2011
PemilikGenting Simon Sdn. Bhd.
Bil. gedung dan perkhidmatan72
Bil. penyewa utama80
Laman webwww.premiumoutlets.com.my

Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia.[1] Pusat beli-belah ini terletak di Daerah Kulai. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.

Perhubungan

Masa perjalanan dari Lebuhraya Link Kedua adalah 30 minit. Masa perjalanan dari Tambak Johor adalah 45 minit yang seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit.

Pembangunan Johor Premium Outlets

Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Premium Otlets akan dibangunkan taman tema air, pusat konvensyen Johor Premium Outlets dan 2000 bilik hotel yang mewah bertaraf 5 bintang.

Rujukan

  1. ^ "Johor Premium Outlet to boost tourism, lure investors". The Star. Malaysia. 5 Disember 2009. Dicapai pada 1 September 2012.

Pautan luar

  • Laman web Johor Premium Outlet (JPO)
  • l
  • b
  • s
Iskandar Malaysia
Kawasan Pembangunan Iskandar
Daerah
Kulai · Johor Bahru · Pontian (Selatan)
Syarikat hartanah utama
Khazanah Nasional · Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar · Syarikat Permodalan Iskandar · Kumpulan Prasarana Rakyat Johor · Johor Corporation · Kumpulan UEM · Ekovest Berhad
Pihak berkuasa tempatan
Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) · Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) · Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) · Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) · Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
Zon ekonomi
Zon A: Pusat bandaraya Johor Bahru · Zon B: Iskandar Puteri · Zon C: Pembangunan Gerbang Barat · Zon D: Pembangunan Gerbang Timur · Zon E: Senai-Skudai
Bandar utama
Mercu tanda utama
Infrastruktur
Pendidikan


Ikon tunas

Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s