Keena Mentor

Keena Mentor
Kelahiran
Suriana binti Abdul Wahab

(1986-08-03) 3 Ogos 1986 (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainKeena, Keena Prasista
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2009–kini

Suriana Abdul Wahab (lahir 3 Ogos 1986) atau lebih dikenali sebagai Keena Mentor merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi program realiti Mentor musim ketiga pada 2009.

Kerjaya

Pada tahun 2009, pada usia 23 tahun, Keena terpilih sebagai salah seorang peserta Mentor musim ketiga. Selepas tamat rancangan itu, beliau mengekalkan nama ‘Mentor’ di belakang nama pentasnya. Keena juga berkebolehan untuk menyanyi dalam beberapa bahasa lain seperti Cina dan Inggeris.[1]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan muncul sebagai pelakon undangan Gerak Khas dalam episod "Kilas" bersama A.R. Badul dan Liza Abdullah yang melakonkan watak sebagai ibu bapa beliau.

Pada tahun 2018, beliau melancarkan imej baru dengan muncul dengan nama baru, Keena Prasista selepas menyertai syarikat rakaman baru, Rousing Muses Pictures.[2]

Keena Prasista kini memulakan kerjaya seni lakonnya menerusi sebuah filem seram di Indonesia untuk tahun 2018. Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Keena turut memberitahu bahawa dia juga akan muncul dengan dua single dangdut bertajuk Penghibur dan Burung Tak Berkandang ciptaan Hamid Mufari di sana.[3]

Perniagaan

Keena turut mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan jenama wangiannya sendiri, K.A.W Signature. Jenama wangian keluarannya yang dihasilkan daripada campuran enam jenis bunga itu bagaikan memberi kepuasan terhadap perkembangan kerjaya seninya.[4] Menurut beliau, keterlibatannya dalam perniagaan tersebut adalah bagi memenuhi impian arwah bapanya, Abdul Wahab, yang meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun kerana diserang angin ahmar.[5]

Bagi perniagaan jenama wangiannya sendiri, Suriana Wahab berjaya mendapat anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Selangor 2017.

Filemografi

Filem

Televisyen

  • Hotel Mania (2010)
  • Ku Tak Rela (2014)
  • Beruk Tok Ayah (2014)
  • Bukan Isteri Sempurna (2015)
  • Hello, Mr. Perfect! (2015)
  • Abang Sado Jemur Kain (2015)
  • Cik Siti (2015)
  • Marhaban Kome Oi (2016)
  • Muazzin (2016)
  • Gerak Khas (Episod: "Aplikasi")

Diskografi

Single
  • "Cinta Luluh"
  • "Berani"
  • "Penghibur"
  • "Burung Tak Berkandang"[6]

Rujukan

  1. ^ Keena Mentor tidak berputus asa
  2. ^ Keena Mentor berkubur.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/rezeki-2018-keena-prasista-di-indonesia-1.604818
  4. ^ Facebook K.A.W Signature.
  5. ^ "Keena Mentor, Artis Terbaru Melancarkan Minyak Wangi Sendiri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 2018-07-28.
  6. ^ Rezeki 2018 Keena Prasista di Indonesia

Pautan luar

  • Keena Mentor di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Keena Mentor di Instagram
  • Keena Mentor on YouTube