Leftwings

Leftwings merupakan sebuah filem Malaysia terbitan Bagus Tiasa Sdn Bhd melalui hasil karya Faisal Chal Ahmad yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012.

Filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang menubuhkan sebuah rock band bernama Leftwings yang terdiri daripada vokalisnya iaitu Ray (Aweera), Dino (Zouladeq) selaku pemain gitar utama, Rizal (Wan Zaimie) sebagai bassist, dan Shah (Paly) selaku drummer yang sangat meminati kumpulan Wings. Empat anak muda ini bercita-cita untuk berjaya seperti idola mereka.

Pelakon

Pelakon utama

  • Aweera sebagai Ray
  • Zouladeq sebagai Dino
  • Wan Zaimie sebagai Rizal
  • Paly sebagai Shah
  • Shiqin Kamal sebagai Yana
  • Fify Natasya sebagai Rita
  • Nora Zilda sebagai Nadia
  • Helda Pily sebagai Purple
  • Ebi Kornelis sebagai Anton

Penampilan khas

  • Sani Sudin sebagai Dol
  • Ito Blues Gang sebagai Ito
  • Wings
  • Faizal Hussein
  • Sabree Fadzil sebagai Ayah Rizal

Pautan luar

  • Leftwings di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)