Loca B

  • Hip hop
  • rap
PekerjaanPenyanyiInstrumenVokalTahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records
Pengkarya berkait
  • Nina Nadira
  • Harith Zazman
  • Kaka Azraff
  • K-Clique
  • Kayda Aziz
  • Charis Ow
  • Bubu Natassia

Nabilah Hani Azali atau lebih dikenali dengan nama pentas Loca B ialah seorang penyanyi hip hop wanita Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi penampilannya sebagai penyanyi rap bersama ahli kumpulan K-Clique, Noki dalam lagu "Gila" oleh Kaka Azraff.[1]

Kerjaya

Penglibatan Loca B dalam bidang muzik pada mulanya tidak direstui keluarganya, namun beliau berjaya membuktikan kepada keluarganya bahawa industri muzik boleh membawanya pergi lebih jauh.[1] Pada tahun 2019, Loca B muncul dengan single pertamanya, "Dendam Wanita".

Loca B paling dikenali menerusi gandingannya bersama Noki K-Clique sebagai penyanyi rap dalam lagu "Gila" nyanyian Kaka Azraff. Lagu ini berjaya menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sekaligus menjadikan Loca B sebagai penyanyi hip hop wanita Malaysia pertama yang menjulang trofi AJL.[1][2][3]

Bakat

Loca B dikenali dengan mengetengahkan muzik hip hop dengan kefasihannya terhadap muzik rap. Antara inspirasinya dalam bidang muzik ialah Siti Nurhaliza yang amat dikaguminya.[1]

Kehidupan peribadi

Loca B pernah menimba ilmu di Universiti Southampton, England.[1] Beliau mempunyai dua anak dari dua perkahwinan. Beliau berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique, Muhd Azree Shah Awang Zamree (Tuju) pada Mac 2021 dan dikurniakan Bintang Aiko.[4] Loca mempunyai seorang anak lelaki, Yusuf Alexander dari perkahwinan terdahulu.[5]

Loca B dalam satu hantaran di Instagramnya, mengakui telah menutup peringatan media sosial kerana mahukan ketenangan.[6]

Diskografi

Single

Tajuk Tahun
"Dendam Wanita" 2019
"Tak Keysah" (duet bersama Kayda Aziz dan Bubu Natassia)
"Cinta 3 Pagi"
"Permaisuri" (duet bersama Nina Nadira) 2020

Single kolaborasi

Tajuk Tahun Penyanyi
"Mahal" 2019 Charis Ow
"Cute (Stop Lah Being So Cute)" 2020 Harith Zazman
"Gila" (bersama Noki K-Clique) Kaka Azraff

Rujukan

  1. ^ a b c d e Mohd Haikal Isa (28 Mac 2021). "Jiwa muzik saya kuat - Loca B". Kosmo!. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  2. ^ Haryani Ismail (15 Mac 2021). "Lagu perjuangan, motivasi pandemik 'Gila' juarai AJL35". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  3. ^ Georgie Joseph (16 Mac 2021). "Gila terus 'menggila'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  4. ^ Budiey (11 Januari 2021). ""Kami kahwin secara sah" - Loca B dedah punca merahsiakan perkahwinan dengan Tuju". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (8 Januari 2021). "Loca B tak mahu terlaku terbuka kongsi kisah peribadi - "Saya ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju"". mStar Online. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  6. ^ "Media sosial meresahkan Loca B". Kosmo!. 2 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.

Pautan luar