Mahligai Gading

Mahligai Gading merupakan sebuah drama Mega yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia - TV2.[1] Drama ini menampilkan pelakon daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Drama bersiri Mahligai Gading mencipta rekod dalam dunia penerbitan drama tempatan. Mahligai Gading bukan sahaja merekodkan drama terpanjang dihasilkan RTM iaitu sebanyak 312 episod tetapi juga mencatatkan sejarah melibatkan tiga menteri kabinet semasa penggambarannya.

Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat binti Abdul Jalil ialah menteri yang terbabit dalam penggambaran drama ini. Tiga menteri itu muncul dalam salah satu babak Mahligai Gading ketika penggambarannya diadakan di Seri Kembangan, Selangor.

Babak itu kononnya memaparkan kisah kehadiran tiga menteri itu yang dijemput meraikan kejayaan syarikat bumiputera, Menara Gading Holding Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Sufian (lakonan Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin).

Pelakon

Pelakon utama

  • Jins Shamsuddin sebagai Tan Sri Sufian
  • Khatijah Ibrahim sebagai Puan Sri Marini
  • Sahronizam Noor sebagai Erman Sufian
  • Eizlan Yusof sebagai Adam Sufian
  • Sharifah Nadia sebagai Zulaika Sufian
  • Danny Ooi sebagai Dato Steven
  • Sara Loo sebagai Datin Sara
  • Zoey Tan sebagai Cindy
  • Lillian Chin sebagai Catherine
  • Pansha sebagai Tuan James Silva
  • Rahim Razali sebagai Dato Zikri

Pelakon Pembantu

  • Ridzuan Hashim sebagai Dr. Sabri
  • Azhar Sulaiman sebagai Mustafa
  • Norlia Ghani sebagai Sidah
  • Kartina Aziz sebagai Saniah
  • Rosnah Johari sebagai Datin Safiah
  • Tony Eusoff sebagai Raymond

Penampilan khas

  • Misha Omar sebagai dirinya sendiri
  • Zaini Yuyhi sebagai Pengacara Majlis
  • Sheikh Fadzil sebagai dirinya sendiri, Menteri Penerangan

Rujukan

  1. ^ KHADIJAH IBRAHIM (8 September 2004). "Mahligai Gading drama RTM pertama 1,000 episod". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Februari 2017.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Drama terpanjang di Malaysia
Drama

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

klll