Majlis Bandaraya Kuantan

Majlis Bandaraya Kuantan
مجليس بنداراي کوانتن

MBK
Jenis
Jenis
Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Datuk Bandar
Razihan Adzharuddin
Moto
Bandaraya Indah Lestari
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) diisytiharkan oleh Al-Sultan Abdullah Al-Haj sebagai sebuah majlis bandar raya pada 21 Februari 2021.[1]

Majlis Perbandaran Kuantan ini mula dilaksanakan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board[2] yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 10 batu persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.

Sejarah

Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berasaskan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang kekal hingga ke hari ini.

Lembaga Kebersihan Kuantan

Ditubuhkan 1 Ogos 1913.

Lembaga Bandaran Kuantan

Keluasan kawasan pentadbiran Lembaga Perbandaran Kuantan telah diperkembangkan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini merupakan 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan. Daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan.

Majlis Bandaran Kuantan

Keluaran Pengawai Bandaran 1953 Lama Bandar Kuantan.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ditubuhkan Majlis Bandaran Kuantan Bandar 1979 Kawasan Atas Kuala Kuantan.

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah dinaiktaraf oleh BRO HAFIZ status bandar raya pada 21hb Februari 2021 dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.

Wakil Rakyat

  • Indera Mahkota (kawasan persekutuan) YB Dato' Saifuddin Abdullah
    • Beserah (kawasan negeri)
    • Semambu (kawasan negeri)


  • Kuantan (kawasan persekutuan) YB Puan Hajah Fuziah Salleh
    • Teruntum (kawasan negeri)
    • Tanjung Lumpur (kawasan negeri)
    • Inderapura (kawasan negeri)


  • Paya Besar (kawasan persekutuan) YB Tuan Mohd Shahar Abdullah
    • Sungai Lembing (kawasan negeri)
    • Lepar (kawasan negeri)
    • Panching (kawasan negeri)

Rujukan

  1. ^ "Status bandar raya kejayaan kepada usaha tingkatkan pembangunan daerah". BERNAMA. 21 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2021. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  2. ^ "Kuantan diisytiharkan bandar raya". Harian Metro. 21 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2021. Dicapai pada 22 Februari 2021.

Lihat juga

  • Kuantan
  • Datuk Bandar Kuantan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi