Md Isa Sabu

Yang Berhormat Dato' Seri Dr

Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis ke-8
Dalam jawatan
Mac 2008 – Mei 2013
RajaSyed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
Didahului olehDato' Seri Shahidan Kassim
Digantikan olehDato' Seri Azlan Man
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk N6 Bintong
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Digantikan olehRela Ahmad
Butiran peribadi
Lahir (1946-08-24) 24 Ogos 1946 (umur 77)
Kampung Kechor, Kangar, Perlis, Malayan Union (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PekerjaanAhli politik

Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu (lahir 24 Ogos 1946 di Kampung Kechor, Kangar, Perlis) merupakan Menteri Besar Perlis sejak Mac 2008 hingga Mei 2013 setelah diperkenan oleh Raja Perlis. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong, Perlis. Dan baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh DYMM Raja Perlis.

Keluarga

Isteri beliau Datin Seri Asiah Asmuni dan mereka mempunyai 7 orang anak. Mereka sekeluarga tinggal di Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis.

Kerjaya

Dato' Seri Dr. Md Isa merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Total Quality Management dari Universiti New Port, USA.

Politik

Dato' Seri Dr. Md Isa pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1984. Mat Isa memainkan peranan besar dan pernah berjuang bersama bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Beliau merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986 lagi. Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar sepenggal sahaja. Pada 1990 kembali bertanding kerusi DUN Bintong dan dilantik sebagai Exco Pertanian sehingga 1995.

Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk sepenggal sahaja.

Pada 1999, Dato' Seri Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi. Beliau dilantik lagi sebagai Exco Pelancongan dan Alam Sekitar.[1]

Tetapi pada 2004 beliau tidak dicalonkan bertanding.

Perlantikan Menteri Besar

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria menyerahkan kenyataan media kepada wartawan di Istana Siraj pada hari Jumaat, 14 Mac 2008 menyatakan Dr Md Isa Sabu dilantik Menteri Besar Perlis menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Dia kemudiannya mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008.[2]

Isu dan kontroversi

Nafi beli PhD

Pada Ogos 2012, Md Isa Sabu menafikan beliau membeli PhD atau Doktor Falsafah palsu dari Newport Universiti pada 2002. Universiti itu mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sebenarnya Newport University mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod’s Register Quality Assurance Limited (LRQA) .Kini universiti tersebut telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011. Universiti ini menjalankan pendidikan on-line dari California. Sebelum ini beberapa surat khabar melaporkan rakyat Malaysia yang mendapat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah yang palsu .Ada universiti yang tidak wujud di luar negara. Ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.[3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Md. Isa ialah bekas setiausaha sulit Radzi
  2. ^ Md. Isa angkat sumpah MB Perlis
  3. ^ Menteri Besar Perlis perjelas isu PhD miliknya
Didahului oleh
Dato' Seri Shahidan Kassim
Menteri Besar Perlis
2008 - 2013
Diikuti oleh:
Azlan Man
  • l
  • b
  • s
  1. Raja Ahmad Raja Endut (1948-1957)
  2. Mohd Razali Mohamed Ali Wasi (1957-1959)
  3. Sheikh Ahmad Mohd Hashim (1959-1971)
  4. Jaafar Hassan (1972-1981)
  5. Ali Ahmad (1981-1986)
  6. Abdul Hamid Pawanteh (1986-1995)
  7. Shahidan Kassim (1995-2008)
  8. Md Isa Sabu (2008-2013)
  9. Azlan Man (2013-2022)
  10. Mohd Shukri Ramli (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional (2013-2015)
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Dewan Tertinggi
Setiausaha Eksekutif
Badan Penyelaras Negeri
Pengerusi Badan Penyelaras Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sarawak
Sabah
Kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Kabinet Malaysia
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (2013-2016)
Sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Dipilih
Dilantik
Turut Hadir
Majlis Perhimpunan Agung
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Pengerusi Lembaga Disiplin
Pengerusi Tribunal Disiplin
Pengerusi Panel Rayuan
Setiausaha Kerja
Badan Perhubungan Negeri
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri
Perlis
  • Md Isa Sabu
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sabah
Kategori Kategori