Obsesi Dia

  • Drama
  • Cinta
  • Misteri
  • Psikologi
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada novel The Witness karya Suhailah SelamatDitulis olehRozie RashidPengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
  • Zahiril Adzim
  • Sophia Albarakbah
  • Zaki Azeman
  • Ashraf Muslim
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod15PenerbitanPenerbitDatuk Hasniza NordinTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Samarinda)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal5 Julai 2023 – 31 Julai 2023KronologiMengikutiMalam ZulaikhaDiikuti olehAku Yang Kau Sakiti

Obsesi Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Sophia Albarakbah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 5 Julai 2023 menggantikan Malam Zulaikha. [1]

Sinopsis

Ulang tahun ke-18 Affiyah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan yang kejam. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis. Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Rahim Jailani sebagai Dato Kaisar
  • Anne Abdullah sebagai Puan Leia
  • Zazly Baginda sebagai Encik Akif
  • Norisz Ismail sebagai Syasya
  • Erry Putra sebagai Luzman
  • Oshin Ahmad sebagai Kayla
  • Azman Jantan sebagai Dato Rahim
  • Faha Azhar sebagai Khair
  • Norman sebagai Tan Sri Jamaludin
  • Natasya Mahyan sebagai Doktor Flora
  • Anies Hann sebagai Nura
  • Kak Girl sebagai Susan
  • Unaa Taufek sebagai Aeera
  • Razman Mahayuddin sebagai Amir
  • Awie Hussain sebagai Mat Jani
  • Farid Faziullah sebagai Khairul
  • Saiful Wazien sebagai Black
  • Farisah sebagai Syahirah
  • Elmy Moin sebagai Tengku Fateh
  • Zarin sebagai Dato Luzman

Rujukan

  1. ^ "Drama Obsesi Dia". Myinfotaip. 2 Julai 2023. Dicapai pada 4 Julai 2023.