Padang Tok Sheikh

Padang Tok Sheikh ialah salah satu tarikan utama yang terdapat di Gunung Jerai, Kedah dan merupakan antara geotapak dalam Geopark Jerai.

Padang Tok Sheikh
[[Imej:|frames|250px]]
Maklumat ringkas
Geopark Jerai Geopark
Koordinat (DMS) 5°47'27"N, 100°26'6"E
Negara Malaysia
Jenis Geotapak Sejarah
Nilai Tinggi
Keunikan Metakuartzit Formasi Jerai berusia 550 juta tahun
Akses Terhad

Lokasi

Padang Tok Sheikh terletak berhampiran puncak Gunung Jerai. Akses ke Padang Tok Sheikh ialah melalui laluan jalan raya dari kaki Gunung Jerai sehingga ke perkarangan luar Hotel The Jerai Hill. Kenderaan 4 roda disaran diletak di situ kerana akses seterusnya ke bahagian lebih atas adalah melalui laluan bertar yang sempit.

Pengunjung juga perlu berjalan kaki dari laluan bertar yang sempit mengikut susur pejalan kaki yang dibina sebelum tiba di Padang Tok Sheikh.

Latar Belakang Geologi

Padang Tok Sheikh merupakan kawasan berbatuan hampar yang luas. Batuan hampar ini merupakan batuan metakuartzit daripada Formasi Jerai yang berusia Kambria. Singkapan metakuartzit ini asalnya wujud sebagai pinggir laut cetek kuno yang berlumpur sebelum mengeras dan mengalami pengangkatan semasa perejahan Granit Jerai yang membentuk Gunung Jerai semasa usia Trias.

Terdapat juga jalur-jalur telerang kuarza yang memotong batu hampar metakuartzit secara seragam dan membentuk kotak-kotak.

Selain itu, fosil surih berupa lubang-lubang berpasangan juga dapat dilihat di beberapa bahagian di sekitar Padang Tok Sheikh yang merupakan tinggalan korekan cacing semasa usia Kambria.

Latar Belakang Sejarah

Padang Tok Sheikh ialah tempat yang terkenal yang disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa di mana terletaknya makam Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Al-Qumairi dari Yaman.

Sheikh Abdullah ialah ulama yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja, pemerintah Kedah Tua pada tahun 1136 Masihi. Maharaja Derbar Raja menukar nama kepada Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Kedah ke-9 setelah memeluk Islam.

Sebuah menara dibina atas Gunung Jerai dengan titah Sultan Muzaffar Shah sebagai tempat melaungkan azan di samping memperingati pengislaman baginda dan pertukaran nama negeri 'Kalaha' kepada 'Kedah'.

Sheikh Abdullah meninggal dunia semasa memantau pembinaan menara tersebut. Beliau dikebumikan di kawasan rata berhampiran menara azan tersebut dan kawasan tersebut kemudian dikenali sebagai Padang Tok Sheikh, bersempena nama beliau.

Cabaran

Walaupun Padang Tok Sheikh diiktiraf sebagai antara geotapak bernilai tinggi dalam Geopark Jerai, tempat ini masih dibelenggu dengan kegiatan pemujaan nombor ekor, tarik wang dan amalan-amalan khurafat lain termasuk membuang sial.

Padang Tok Sheikh juga dikenali di alam nusantara sebagai antara lokasi bagi melengkapkan ilmu pertapaan. Pengamal petapaan ini akan datang bertapa dengan mendirikan khemah-khemah di sekitar Padang Tok Sheikh.

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Geopark Langkawi
Machinchang Cambrian Geoforest Park
  • Teluk Datai dan Pulau Anak Datai
  • Tanjung Burau dan Pulau Anak Burau
  • Laluan Kereta Kabel
  • Laluan Pasir Tengkorak
  • Tanjung Buta
  • Air Terjun Telaga Tujuh
  • Air Terjun Temurun
Kilim Geoforest Park
  • Jeti Kilim
  • Gua Kelawar
  • Kuala Kilim
  • Teluk Mempelam
  • Gua Langsir
  • Pulau Anak Tikus
  • Tanjung Tembus Dendang
  • Teluk Cina Mati
  • Gua Tanjung Dendang
  • Tasik Langgun
  • Gua Cerita
  • Gua Dedap
  • Gua Buaya
  • Tanjung Rhu
Dayang Bunting Marble Geoforest Park
  • Pulau Tepor
  • Pulau Ular
  • Pulau Singa Kechil
  • Pulau Lima dan Pulau Dua
  • Tasik Dayang Bunting
  • Pulau Jong
Geopark Jerai
  • Batu Kapal
  • Padang Tok Sheikh
  • Air Terjun Seri Perigi
  • Sungai Teroi (Lubuk Kawah)
  • Lombong Besi Tupah
  • Air Terjun Puteri Mandi
  • Sungai Alor Naga
  • Sungai Tupah
  • Sungai Batu Pahat
  • Singkir Laut
  • Tanjung Jaga
  • Pegmatit Pendidikan Titi Hayun
  • Geoarkeologi Sungai Batu
  • Kota Kuala Muda
  • Jeti Semeling
  • Tanjung Dawai
  • Pantai Merdeka
  • Pulau Bidan
  • Pulau Bunting
  • Pulau Telor
  • Pulau Songsong
  • Pulau Sayak
  • Bukit Penjara
  • Kampung Acheh
Geopark Lembah Kinta
  • Gunung Panjang (Gua Tambun)
  • Gunung Datuk
  • Gugusan Gunung Rapat
  • Lata Ulu Chepor
  • Gunung Kanthan
  • Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Hutan Lipur Ulu Kinta
  • Gunung Tasek (Perak Tong)
  • Mata Air Panas Lubuk Timah
  • Gunung Pua (Gua Naga Mas)
  • Air Terjun Sungai Chelik
  • Jeram Papan
  • Gua Kandu
  • Gua Tempurung
  • Jeram Sungai Kampar
  • Hutan Lipur Sungai Salu
  • Air Terjun Batu Berangkai
Geopark Lenggong
  • Kuartzit Ayer Ganda
  • Sabak Empangan Kenering
  • Syal Sungai Kenderong
  • Lembangan Lawin Lenggong
  • Teres Kuno Sungai Perak
  • Debu Toba Bukit Sapi
  • Tuf Lawin
  • Marmar Kompleks Gua Badak
  • Mata Air Panas Lubuk Timah
  • Gunung Pua (Gua Naga Mas)
  • Sentuhan Granit Lata Kekabu
  • Sentuhan Granit Bukit Berdinding
  • Sesar Bok Bak Kampung Ayer Panas
  • Telaga Biru Kampung Chepor
  • Granit Lata Tok Muda
  • Permatang Gunung Pulut
  • Kompleks Gua Kepala Gajah
  • Hentaman Meteorit Bukit Bunuh
  • Tasik Raban
  • Kars Teluk Batu
Geopark Labuan
  • Lidah Pasir Pulau Kuraman
  • Batu Pasir Belait Tanjung Kubong
  • Batu Penakung Minyak Ganggarak
  • Lapisan Silang Tanjung Layang-Layangan
  • Lansdkap Hakisan Pantai Tanjung Layang-Layangan
  • Gerbang Laut Tanjung Layang-Layangan
  • Enapan Laut Cetek Tanjung Batu
  • Tafoni Tanjung Batu
  • Landskap Pantai Tanjung Kubong
  • Batu Kapur Terumbu Pulau Burung
  • Pulau Rusukan Besar
  • Bekas Lombong Lubok Temiang
  • Batuan Sedimen Temburong Bebuloh Darat
  • Enapan Pesisir Simpang Sweetman
  • Fosil Surih Laut Dalam Tanjung Punei
  • Permatang Jurus Labuan
Geopark Kinabalu
  • Rijang dan Basalt Sungai Baliojong
  • Gabro Sungai Baliojong
  • Ultrabasik Perancangan
  • Serpentinit Kompleks Sukan Ranau
  • Ultrabasik Tambuyukon
  • Basalt Bantal Sungai Kedamaian
  • Jujukan Turbidit Sunsui
  • Formasi Crocker Sungai Torolobou
  • Jujukan Turbidit Sungai Kenipir
  • Endapan Olitostrome Kota Belud
  • Dataran Pasang Surut Teluk Marudu
  • Endapan Kerikil Bukit Napong
  • Endapan Bongkah dan Kerikil Kuari Mesilou
  • Zon Sesar Bukit Perancangan
  • Granit Porfiritik Teduhan Vilosa
  • Granit Biotit Puncak Kinabalu
  • Daik Kuarza Plato Kinabalu Barat
  • Sayap Sesar Monggis
  • Zon Sesar Tarawas
  • Zon Sesar Teduhan Layang-Layang
  • Zon Sesar Rendagong
  • Faset Segitiga Kundasang
  • Faset Segitiga Dataran Ranau
  • Kompleks Tanah Runtuh Kundasang
  • Jatuhan Batu Akibat Gempa Bumi di Donkey's Ear
  • Mata Air Panas Poring
  • Pergerakan Lateral Sungai Mesilou
  • Platform Hakisan Glasier Plato Barat
  • Hakisan Glasier Plato Timur
  • Roche Moutonnée Panabalan
  • Kerikil Tilloid Pinosouk
  • Endapan Till Panabalan
  • Puncak Low
  • Lembah U
  • Cenuram Batu Panabalan
  • Galur Low
  • Ngarai Mesilou
  • Bebongkah Sungai Kedamaian
  • Lombong Tembaga Mamut
  • Topiraja Kampung Lingkubang
  • Tanak Nabalu Kampung Lobong-Lobong
  • Gua Kimondou
  • Habitat Ultrabasik Kinabalu
  • Taman Negara Kinabalu
Geopark Delta Sarawak
  • Fairy Caves
  • Tasik Biru
  • Taman Paku Rockmaze
  • Rumah Panjang Annah Rais
  • Homestay Bung Jagoi
  • Kampung Sapit
Geopark Gombak - Hulu Langat
  • Bekas Lombong Batu Arang
Geopark Stong
  • Air Terjun Stong
  • Gua Ikan
Cadangan Geopark Mersing
  • Batuan Formasi Mersing Tanjung Kempit
  • Tapak Volkano Tanjung Penyabong
  • Dataran Pasang Surut Tanjung Mawar
  • Batuan Volkano Pulau Sibu
  • Batuan Konglomerat Tanjung Leman
  • Taman Eko Rimba Gunung Arong
  • Pulau Tanjung Musoh
  • Tanjung Semanggar
  • Pantai Berkembar
  • Tanjung Keramat
  • Pulau Besar
  • Pulau Tinggi
  • Pulau Batu Gajah
Geopark Perlis
  • Gua Wang Burma
  • Pemandangan Indah Wang Kelian
  • Tasik Meranti
  • Gua Kelam
  • Gua Ikan
  • Bukit Manik
  • Bukit Chabang
  • Kuari Rimba Mas
  • Bukit Jernih
  • Empangan Timah Tasoh
  • Bukit Chondong
  • Bukit Tungku Lembu
  • Air Terjun Eko Rimba Bukit Ayer
  • Guar Sanai
  • Bukit Keteri
  • Kuari Batu Pahat
  • Utan Aji
  • Bukit Batu Putih
  • Bukit Kubu
  • Bukit Lagi
Geopark Kenyir
  • Batu Bersurat
  • Makam Tok Gajah
  • Kampung Tradisi
  • Gua Bewah
  • Gua Taat
  • Sungai Lawit
  • Taman Orkid
  • Gunung Gagau
  • Santuari Gajah
  • Tasik Kenyir
Tapak Geowarisan dan Geopelancongan
Kedah
  • Air Panas Ulu Legong
  • Batuan Rijang Bukit Larek
  • Batu Kapur Bukit Baling dan Gunung Pulai
  • Debu Volkanik Padang Sanai
  • Gunung Keriang
Perak
  • Air Panas Sungai Klah
  • Gunung Korbu
Selangor
  • Air Panas Selayang
  • Bukit Batu Kapur Batu Caves
  • Permatang Kuarza Gombak
  • Genting Sempah
  • Batu Arang
  • Bukit Batu Kapur Anak Takun
  • Air Terjun Bukit Lagong
  • Air Terjun Sungai Kanching
  • Air Terjun Sungai Pisang
  • Tasik Biru
  • Tasik Batu Arang
  • Empangan Klang Gates
  • Empangan Batu
  • Air Panas Selayang
  • Air Panas Batu Sembilan
Negeri Sembilan
  • Batu Berombak Bukit Baginda
  • Lata Tingkat
  • Batu Kapal Simpang Pertang
Johor
  • Air Terjun Buaya Sangkut
  • Tanjung Balau
  • Bukit Payung
  • Perigi Batu Pahat
  • Batu Puteh
Pahang
  • Gua Charas
  • Gua Pelangi
  • Gunung Senyum
  • Gunung Tahan
  • Jeram Besu
  • Lata Iskandar
  • Merapoh
  • Tasik Bera
  • Pulau Tioman
Terengganu
  • Air Terjun Lata Buweh
  • Bukit Bicu
  • Bukit Keluang
  • Kampung Besut
  • Kuala Abang
  • Panchur Merah
  • Pantai Chendering
  • Pulau Redang
Kelantan
  • Gua Cha
  • Gunung Stong
  • Sungai Ber
Sabah
  • Taman Kinabalu
Sarawak
  • Antiklin Miri
  • Batu Boya
  • Gua Mulu
  • Gua Niah
  • Gunung Santubong
  • Honfels Tanjung Batu-Pasir Panjang
  • Lumpur Volkano Bekenu
  • Pantai Tusan
  • Tanjung Lobang
  • Tanjung Tgok
  • Tuang Schist Country Hill
  • Volkano Kuno Batu Kitang
Muzium dan Galeri Berkaitan Geologi
  • Muzium Geologi
  • Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta
  • Muzium Sungai Lembing