Pemburu Bayang

Pemburu Bayang
PengarahYusof Haslam
Penulis
  • Yusof Haslam
  • Yusof Kelana
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Ismail Mustapha (bersekutu)
M. H. Noor (bersekutu)
Dibintangi
  • Awie
  • Ella
  • Shaharuddin Thamby
  • Erma Fatima
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehSallehan Shamsuddin
Muzik olehP.H Lim
Syarikat
penerbitan
Skop Productions
Tarikh tayangan
1993
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pemburu Bayang merupakan sebuah filem aksi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1993. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam.

Filem Pemburu Bayang mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Awie, Ella, Shaharuddin Thamby, Erma Fatima dan ramai lagi.

Sinopsis

Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella. Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat, hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari, isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu rahsia di sebalik kejadian tersebut.

Pelakon

  • Awie sebagai Awie
  • Ella sebagai Ella
  • Shaharuddin Thamby sebagai Zamri
  • Erma Fatima sebagai Faridah
  • Malek Noor sebagai Razif
  • Raja Azura sebagai Ruby
  • Roy Azman sebagai Roy
  • A. Galak sebagai Pak Ahmad, ayah Zamri dan Awie
  • Mahyon Ismail sebagai Kalsom, ibu Faridah
  • Adik Norshafina sebagai Farina
  • Yusof Haslam sebagai Ramon
  • Izi Yahya sebagai Helmy, kuncu Ramon
  • Yazid Sobrani sebagai Harman, kuncu Ramon
  • Zulisman sebagai sebagai Gazi, kuncu Ramon
  • Ali Bakar sebagai Ali, Pengurus Kumpulan Wings
  • Jojet Wings sebagai Jojet
  • Eddie Wings sebagai Eddie
  • Joe Wings sebagai Joe
  • Shaharon Anuar sebagai Detektif Anuar

Lagu

  • Wings - Sejati
  • Wings - Rantai
  • Ella - Sembilu
  • CRK - Hulurkan Tangan Tanda Persahabatan

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Shaharuddin Thamby Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Erma Fatima Tercalon
Penata Bunyi Terbaik P.H Lim Tercalon

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Karya oleh Yusof Haslam
Pengarah
Penerbit
Buku Wikipedia Buku
  • l
  • b
  • s
Filem
Televisyen
Rencana berkaitan