Salih Yaacob

Salih Yaacob
Kelahiran (1961-11-25) 25 November 1961 (umur 62)
Sungai Besar, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Nama lainSY @ Abang Jem
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio, pengacara
Tahun aktif1986–kini
Majikan
  • Astro Radio (2006-19)
Pasangan
  • Norlizah Mamat
  • Noraha Hamat (bercerai)
  • Nor Farawahida Sulaiman
  • Samihah Syeikh Ali @ Emi
Anak-anakJohan (anak saudara), 13 orang anak dan 6 lagi cucu

Salih Yaacob (lahir 25 November 1961) merupakan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio dan pengacara Malaysia.

Kerjaya

Kerjayanya bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980. Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi. Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986. Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

Menyertai Sinar pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar @ CikPiah pada 2016.

Diskografi

Album

  • Lama dan Baru
  • Salih Muncul Lagi
  • Kehadiranmu
  • Pisang Panas
  • Jangan Sondol 1995
  • Sup Selipar

Lagu

  • Gali Lubang Tutup Lubang
  • Puteri Remaja
  • Pisang Panas
  • Romantika Di Tampoi
  • Cuba Jangan Cuba

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Jejaka Perasan Dolah Filem pertama
1987 Keluarga 99 Azam
Mr. Os Sahabat Os
1989 Awang Spanar Salleh
Jampang Jaka Filem usahasama Malaysia-Indonesia
Pendekar Mata Satu
1990 Janda Meletup Kamil
1991 Juara Busul
Bayangan Maut Joe Pelakon undangan
Boss Amir
1992 Sahabat Halim
Rimba Malam Pengurus Hotel Penampilan khas
Konstabel Mamat Mamat
2003 Gila-Gila Pengantin Borhan
2005 Sembilu 2005 Cikgu Salleh
2007 Otai Tan Sri Mansor
2022 Kalut Nak Kahwin Pak Lang

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995–1996 Sambal Beduk TV3
2005–2008 Puteri Abang Malik

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Lontong Waktong TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Cataran
1994 Anugerah Juara Lagu ke-11 Pengacara TV3 Bersama Ogy Ahmad Daud
2000 & 2002 Cit Cat Azwan Astro Ria Pengacara Jemputan
2004–2007 Ogy & Salih TV1 Bersama Ogy Ahmad Daud
2011 Salih Yaacob Show I Follow Astro Warna
2017 Sepahtu Reunion Live Doktor Artis Jemputan: Episod "Nyamuk Masuk Kampung"
2019 Deli Artis Jemputan: Episod "Sri Mersing The Return"
2020 Doktor Hamzah Artis Jemputan: Episod "Korban Kasih"
Doktor Ali Artis Jemputan: Episod "Baba Mertuaku"
2021 Pak Majid Artis Jemputan: Episod "Biarkan Bermimpi"
Haji Syam Artis Jemputan: Episod "Menantu Atau Hantu"
2022 Izzad Artis Jemputan: Episod "Kugiran Kita"

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
2006–2019 Rancangan Sinar Pagi & Santai Sinar Sinar

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyampai Radio Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar