Takdir Ilahi

Takdir Illahi
PengarahL. Krishnan
DibintangiNeng Yatimah
P. Ramlee
Siti Tanjung Perak
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Malay Film Productions
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1950
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaMelayu

Filem Takdir Illahi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada 1950.

Pengarah

Filem Takdir Illahi diarah oleh L. Krishnan.

Sinopsis

Dato Penghulu Ismail yang mempunyai anak perempuan yang cantik jelita (Fatimah) telah diseksa oleh isterinya (Khatijah, ibu tiri Fatimah) kerana takutkan kasih sayang Dato Penghulu Ismail tidak tertumpu sepenuhnya kepada dirinya. Kerana tidak berperikemanusiaan dan sifat dengkinya itu, Khatijah bertindak menyuruh orang suruhannya membunuh Fatimah. Bagaimanapun, dua orang suruhannya itu tidak melakukan pembunuhan kerana kasihan sebaliknya memotong kedua tangan Fatimah untuk dijadikan bukti yang perintah membunuh Fatimah sudah dilaksanakan. Sewaktu mengerang kesakitan di dalam hutan, Fatimah telah ditemui oleh orang-orang Dato Penghulu Abdullah yang memerintah negeri yang bersempadanan dengan negeri Dato Penghulu Ismail. Turut bersama orang-orang Dato Penghulu Abdullah itu ialah anak Dato Penghulu Abdullah sendiri, Dato Muda Arshad.

Pelakon

  • Neng Yatimah sebagai Fatimah
  • P. Ramlee sebagai Dato Muda Arshad
  • Siti Tanjung Perak sebagai Khatijah
  • Daeng Harris sebagai Dato Penghulu Abdullah
  • A. R. Tompel
  • Daeng Idris sebagai Dato Penghulu Ismail
  • Mohd. Yusuf
  • Saadiah
  • Siti Zainab
  • Yusof Banjar

Pautan luar

  • http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/films/p-takdiri.htm