Tanjung Dawai

Tanjung Dawai
مقيم بڬان
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahKuala Muda
KeluasanN/A

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.

Kegiatan ekonomi

Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.

Wakil rakyat

Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2004 seperti berikut;

  • Kawasan Dewan Undangan Negeri N26 Tanjung Dawai (27,600)
    • Bilangan pengundi Melayu : 78.36% Cina : 14.74% India: 6% Lain: 0.9%
    • Datuk Arzmi Hamid Barisan Nasional - UMNO ) - Muka baru
    • Dr Hamdan Mohd Khalib (PAS) - Muka baru
    • Dalam keputusan pilihan raya 1999, dimenangi oleh : Rosnah Abdul Majid (Barisan Nasional) dengan majoriti 1,881
    • Datuk Arzmi Hamid (Barisan Nasional - UMNO) Jumlah Undi:13,111. Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
    • Dr Hamdan Mohd Khalib (PAS) Jumlah undi yang diperolehi oleh PAS ialah : 7,960
    • Majoriti-diperolehi : 5,151, Jumlah undi: 21,714, Undi rosak: 643, % mengundi: 78.67

Galeri

  • Bot Pukat Bilis
    Bot Pukat Bilis
  • Masjid Tanjung Dawai
    Masjid Tanjung Dawai