Tiada Lagi Tangisan

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Misha Omar
Dilancarkan pada17 Mei 2004
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tiada Lagi Tangisan merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Mohariz Yaakup. Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Misha Omar dan dimuatkan dalam album keduanya berjudul Aksara pada tahun 2004. Lagu ini bagaimanapun tidak dijadikan single untuk promosi album tersebut.

Versi Aishah

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Aishah
Dilancarkan pada7 Jun 2005
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke-10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.

Akibatnya, lagu ini bersaing populariti bersama single ke-4 daripada Misha iaitu Riwayat Cinta. Lagu Tiada Lagi Tangisan bagaimanapun ternyata popular di tangan Aishah, dan mendaki carta radio.

Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia

Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh Idayu, seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005), ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke-4. Adnan sendiri salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut.

Aishah juga hadir memberi sokongan ketika konsert minggu tersebut.

Pencapaian

Menerusi Aishah, lagu ini tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 20 kategori balada. Pun begitu, lagu yang turut bersaing dengan single kedua daripada album Aksara iaitu Dedebu Cinta yang disampaikan Misha sendiri gagal menempah tiket ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2005.

Lagu versi Aishah menerima nominasi untuk kategori Lagu Pop Pilihan di Anugerah Era 2005, namun tewas kepada lagu Elegi Sepi nyanyian Azharina Azhar.

Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.

Persembahan

Misha Omar telah beberapa kali menyampaikan lagu ini di kaca televisyen ekoran permintaan ramai. Beliau menyanyikan lagu ini di dalam program Dari Studio Satu Platinum (Astro RIA), Hiburan Minggu Ini (RTM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (TV3), Bintang Minggu Ini Bersama Misha Omar (Astro RIA),

Untuk skala konsert, Misha menyampaikan lagu ini di dalam dua konsert solonya; - This Is Misha..Live at DFP 2019 dan Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar (2021).

  • l
  • b
  • s
Diskografi • Filmografi • Anugerah dan Pencalonan • Misha Omar Productions • Lagu Misha di AF •
Album studio
Misha (2002) · Aksara (2004)  · Misha Omar (2008)
Album EP
Album kompilasi
Single
Bunga-bunga Cinta • Lilitan Asmara • Halaman Cinta • Terpana • Semoga Abadi • Pulangkan • Dedebu Cinta • Tak Ingin Lagi • Riwayat Cinta • Ku Seru • Nafas Cahaya • Cinta • Sembunyi • Jawapanmu • Cinta Adam dan Hawa • Sampai Disini • Berlalu • Detik Antara Waktu • Angin Syurga • Untuk Bermimpi • Terima Ku Seadanya  • Sampai Bila  • Tanpa Rela  • Masihkah Ada Rasa Itu?
Lagu-lagu lain
Segalanya • Suluhkan Sinar • Tiada Lagi Tangisan • Hati Keliru • Tak Ku Duga • Percayalah Sayang • Teja Menanti Tuah • Mahathir • Wanita Perdana  • Jiwa Sentuh Jiwa
Konsert
3 Jewels in Concert (2012) · This Is Misha..Live at DFP 2019 (2019)  • Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar (2021)
Filem
GK3 The Movie (2005) · Main-main Cinta (2006)
Teater
Muzikal Gamat (2010) · Muzikal Uda dan Dara (2010) · Muzikal Mahathir (2010-2011) • Mak Dara Nyonya (2011) • Monolog Ratapan Gadis(2013)  • Nyonya & The Gang (2013)
Pengacaraan TV
Sehati Sejiwa (TV) (2009 - 2010)
Mentor
Adnan Abu Hassan • Ramli M.S. • M. Nasir • Rahim Razali • Syafinaz Selamat • Rosminah Tahir