Universiti Tun Abdul Razak

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
MotoKuala Lumpur's Premier School of Business, Government & Education
JenisSwasta
Ditubuhkan pada18 Disember 1997
Pegawai yang bertugas
Encik Amil Izham Hamzah
PengarahDato' Mohamed Nizam Abdul Razak
Naib CanselorProfesor Datin Paduka Dr Samsinar Md Sidin
Lokasi
Kuala Lumpur
,
Malaysia
KampusWisma UNIRAZAK, Jalan Tun Razak
Laman sesawang[1]

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang sebelum ini dikenali dengan nama singkatan UNIRAZAK merupakan institusi pendidikan tinggi swasta Malaysia pertama yang memperolehi status MSC dan Universiti ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham YAB Tun Abdul Razak. Universiti ini juga merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang mendapat pensijilan ISO 9001:2000 di Malaysia. Universiti Tun Abdul Razak menggabungkan kelas berbentuk konvensional dengan penggunaan berkesan bahan-bahan kursus berasaskan laman sesawang serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Universiti Tun Abdul Razak mula beroperasi pada 18 Disember 1997 selepas menerima surat jemputan untuk mewujudkan sebuah universiti daripada Menteri Pendidikan. Universiti menerima ambilan pertama seramai 162 orang pelajar pada bulan September 1998. Pada tahun 2006, Universiti Tun Abdul Razak dimiliki oleh Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR).

Kini, Universiti Tun Abdul Razak memiliki 2 buah kampus utama: Kampus PINTAR di Petaling Jaya, Selangor dan Tun Razak City Campus (juga dikenali sebagai Kampus RAZAK) di Kuala Lumpur.

Visi baru Universiti Tun Abdul Razak adalah untuk menjadi institusi terkemuka dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan sumber daya manusia dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan negara-negara membangun. Universiti juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dan rangkaian kolaboratif melalui kerjasama strategik dengan universiti-universiti luar negara yang terkenal dengan bidang pengajian masing-masing.

Pautan luar

  • Laman rasmi UNIRAZAK
  • Laman rasmi UNIRAZAK bagi Sabah dan Sarawak
  • l
  • b
  • s
List-Class article Senarai universiti di Malaysia
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Komprehensif
Universiti Pendidikan
Universiti Teknikal
Politeknik
Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti
Kolej Universiti
Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera
Akademi Polis
Perikatan Universiti
  • Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
  • en:University System of Tunku Abdul Rahman
Kategori Kategori:Universiti dan kolej di Malaysia - en:Malaysian university leaders - en:Rankings of universities in Malaysia - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Pendidikan di Malaysia