Wu Xing

Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.

Dalam falsafah Cina tradisional, fenomena alam boleh digolongkan dalam Wu Xing (Bahasa Cina: 五行code: zh is deprecated ; pinyin: wǔxíng), atau Lima Unsur, juga diterjemah menjadi lima fasa, lima gerakan atau lima langkah.

Unsur-unsurnya adalah:

  • api (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: huǒ)
  • air (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: shuǐ)
  • kayu (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: mù)
  • logam (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: jīn), dan
  • tanah (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: tǔ).

Sistem lima unsur ini digunakan untuk menjelaskan interaksi dan hubungan antara fenomena. Sistem ini digunakan dalam kebanyakan bidang pemikiran Cina zaman silam, termasuk bidang-bidang Feng shui, astrologi, perubatan Cina tradisional, muzik, strategi ketenteraan dan seni bela diri. Asas asalnya berdasarkan konsep Lima Mata Angin.

Aliran-aliran Taijiquan tradisional mengaitkan lima unsur ini dengan gerak kaki maka memanggilnya lima "langkah". Sistem ini masih digunakan sebagai rujukan dalam beberapa bentuk perubatan kontemporari dan alternatif dan seni mempertahankan diri.

Kitaran

Doktrin lima fasa menyebutkan dua Kitaran Keseimbangan, iaitu satu kitaran penghasilan (code: zh is deprecated shēng dan satu kitaran pemusnahan (code: zh is deprecated ) mengenai interaksi sesama fasa.

Penghasilan

  • Kayu membuka Api;
  • Api meninggalkan Tanah (abu);
  • Tanah membawa Logam;
  • Logam mengumpul Air;
  • Air menyuap Kayu.

Pemusnahan

  • Kayu membelah Tanah;
  • Tanah menyerap Air;
  • Air memadam Api;
  • Api meleburkan Logam;
  • Logam memotong Kayu.

Terdapat juga dua Kitaran Ketidakseimbangan, iaitu kitaran tindakan melampau (cheng) dan kitaran penghinaan (wu).

Kosmologi dan feng shui

Menurut teori Wu Xing, struktur kosmos mencerminkan lima unsur. Setiap "unsur" mempunyai kaitan-kaitan kompleks dengan berbagai-bagai aspek alam semulajadi, seperti yang dijelaskan dalam jadual berikutnya. Dalam bidang geomansi Cina tradisional yang dikenali sebagai Feng Shui, semua pengamalnya mendasarkan seni dan sistemnya pada Wu Xing. Kelima-lima elemen ini dilambangkan dalam Bagua. Turut dikaitkan dengan unsur-unsur ini termasuk warna, musim dan bentuk; semuanya juga berinteraksi sesama sendiri.[1]

Bergantung pada aliran tenaga berarah tertentu dari unsur ke unsur, interaksi itu bolehlah mengembang, memusnah, atau menghabis. Dengan pengetahuan tepat mengenai aspek aliran tenaga sebegini bolehlah seseorang pengamal Feng Shui menerapkan pemulihan atau penyusunan semula tenaga tertentu secara bermanfaat.

Unsur Kayu Api Tanah Logam Air
Warna Hijau Merah Kuning Putih Biru / Hitam
Mata angin Timur Selatan Kemuncak Barat Utara
Planet Musytari Marikh Zuhal Zuhrah Utarid
Makhluk samawi Naga Biru
青龍code: zh is deprecated
Burung Merah Merona
朱雀code: zh is deprecated
Naga Kuning
黃龍code: zh is deprecated
Harimau Putih
白虎code: zh is deprecated
Kura-kura Hitam
玄武code: zh is deprecated
Batang Samawi 甲,乙 丙,丁 戊,己 庚,辛 壬,癸
Fasa Yang Baru Yang Penuh Keseimbangan Yin/Yang Yin Baru Yin Penuh
Tenaga Menjana Mengembang Membaik Mengecut Memulih
Musim Bunga Panas Peralihan musim
(Setiap bulan ketiga)
Luruh Sejuk
Iklim Berangin Hangat Lembap Kering Dingin
Perkembangan Bertunas Berbunga Masak Layu Pendam
Ternakan Anjing Kambing Lembu Ayam Khinzir
Buah Plum Aprikot Jujub (kurma) Pic Berangan
Bijian Gandum Kacang Beras Hem Milet


Bagua

Lima unsur juga dikaitkan dengan lapan trigram I Ching:

Unsur Kayu Api Tanah Logam Air
I Ching Kayu, serpihan Api, kilat Tanah, pasir Logam, besi Air, ais
Trigram :|| ( code: zh is deprecated xùn) |:: ( code: zh is deprecated zhèn) |:| ( code: zh is deprecated ) ::: ( code: zh is deprecated kūn) ::| ( code: zh is deprecated gèn) ||| ( code: zh is deprecated qián) ||: ( code: zh is deprecated duì) :|: ( code: zh is deprecated kǎn)

Perubatan Cina

Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [2]

Unsur Kayu Api Tanah Logam Air
Planet Musytari Marikh Zuhal Zuhrah Utarid
Sifat Mental Kepekaan Kreativiti Kejelasan Gerak hati Kespontanan
Emosi negatif Kemarahan Pengujaan berlebihan Kebimbangan Kesedihan Ketakutan
Emosi positif Kesabaran Keriangan Sayang Keberanian Ketenangan
Zang (organ yin) Hati Jantung/perikardium Limpa/pankreas Paru-paru Ginjal
Fu (organ yang) Pundi hempedu Usus kecil/San Jiao Perut Usus besar Pundi kencing
Organ deria Mata Lidah Mulut Hidung Telinga
Anggota badan Tendon Denyut Otot Kulit Tulang
Bendalir Air mata Peluh Ludah Hingus Kencing
Jari Telunjuk Hantu Ibu jari Manis Kelingking
Deria Penglihatan Pertuturan Rasa Bau Pendengaran
Rasa Masam Pahit Manis Sengit Masin
Bau Tengik Hangus Wangi Reput Busuk
Hayat Lahir Muda Dewasa Tua Ajal

Astrologi Cina

Astrologi Cina berasaskan interaksi lima unsur dengan dua belas bintang zodiak Cina, agar menghasilkan kitaran bintang 60 tahun.

Unsur Kayu Api Tanah Logam Air
Batang Samawi Jia code: zh is deprecated
Yi code: zh is deprecated
Bing code: zh is deprecated
Ding code: zh is deprecated
Wu code: zh is deprecated
Ji code: zh is deprecated
Geng code: zh is deprecated
Xin code: zh is deprecated
Ren code: zh is deprecated
Gui code: zh is deprecated
Tahun lahir berakhir dengan 4, 5 6, 7 8, 9 0, 1 2, 3

Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.

Muzik

Bab Yuèlìng (月令篇code: zh is deprecated ) dalam Lǐjì (禮記code: zh is deprecated ) dan Huáinánzǐ (淮南子code: zh is deprecated ) membentuk kaitan berikut:

Unsur Kayu Api Tanah Logam Air
Warna Hijau Merah Kuning Putih Biru
Mata angin Timur Selatan Tengah Barat Utara
Skala Lima Not Cina code: zh is deprecated jué (mi) code: zh is deprecated zhǐ (so) code: zh is deprecated gōng (do) code: zh is deprecated shāng (re) code: zh is deprecated (la)

Seni mempertahankan diri

Xingyi

Xingyiquan menggunakan lima unsur untuk melambangkan lima kedudukan bertempur secara metaforik.

Unsur Buku lima Bahasa Cina Pinyin Huraian
Kayu Tumbang code: zh is deprecated Bēng Menjatuhkan sasaran bagai pokok tumbang.
Api Tumbuk code: zh is deprecated Pào Menembak ke arah sasaran seperti meriam sambil menyekat.
Tanah Rentas code: zh is deprecated Héng Merentasi garis serangan sambil berpaling.
Logam Belah code: zh is deprecated Membelah seperti kapak memotong-motong.
Air Gerudi code: zh is deprecated Zuān Menggerudi ke hadapan secara mengufuk seperti geiser.

Lihat juga

Bibliografi

  • Feng Youlan (Yu-lan Fung), A History of Chinese Philosophy, volume 2, p. 13
  • Joseph Needham, Science and Civilization in China, volume 2, pp. 262-23
  • Maciocia, G. 2005, The Foundations of Chinese Medicine, 2nd edn, Elsevier Ltd., London

Rujukan

  1. ^ http://www.northernshaolinacademy.com/new/docs/FiveElementsChart.xls Chinese Five Elements Chart] Maklumat mengenai Lima Unsur Cina dari Akademi Shaolin Utara dalam format Microsoft Excel 2003
  2. ^ See 5 Xing in Citation Order.

Pautan luar

  • Acupuncture Text Book Corrections Diarkibkan 2008-04-04 di Wayback Machine Corrections to English translation errors in textbooks
  • Five Elements Diarkibkan 2008-04-30 di Wayback Machine Malaysia I Ching Net
  • Five Element Information Diarkibkan 2011-02-15 di Wayback Machine Five Element interrelationships, concordances and causative factors.
  • Chinese Zodiac Chart Find your Chinese Zodiac sign based on your date of birth.
  • Traditional Chinese Medicine (TCM) Diarkibkan 2008-03-25 di Wayback Machine A model of transition from the traditional elements
  • The American School of Classical Feng Shui
  • Five Elements of Feng Shui Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine The Five Elements of Feng Shui and Their Interactions
  • Chinese Five Elements Information on the Chinese Five Elements from Northern Shaolin Academy