Bendera Negeri Kelantan

Perihal

Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.

Sejarah

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari kurun ke-18 sehingga tahun 1912.

Sejak kurun ke-18 hingga tahun 1912, Kelantan menggunakan bendera putih. Bendera ini menyerupai bendera negeri Terengganu.

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]

Selepas Kelantan menerima kehadiran penasihat British pada tahun 1909 (disebabkan Perjanjian Bangkok 1909). Pada tahun 1910 hingga 1923, Kelantan menggunakan bendera yang berlainan. Bendera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV[2].

Bendera yang digunakan oleh kerabat diraja Sultan Kelantan pada tahun 1912-1923.

Bendera ini direkabentuk daripada kaligrafi ayat Quran yang membentuk seperti gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda Ashabul Kahfi, ada juga yang mengatakan ianya adalah bentuk seekor harimau . Dari selidikan yang dibuat, panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 Surah As-Saff

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (١٣)-Maksudnya: Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Selepas pemansuhan bendera 1912-1923, Kelantan mula menggunakan bendera warna merah-putih baharu pada tahun 1924 semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Bendera ini digunakan secara rasminya hingga kini.

Galeri

  • Bendera Kelantan sebelum Tahun 1923.
    Bendera Kelantan sebelum Tahun 1923.
  • Bendera Kelantan sebelum Tahun 1912.
    Bendera Kelantan sebelum Tahun 1912.

Bendera Diraja

Kerabat diraja Kelantan mengibarkan panji-panji untuk anggota yang dihormati. Ahli berpangkat tinggi ditetapkan bendera mereka sendiri, manakala yang lain dikumpulkan untuk mengibarkan mana-mana satu daripada tiga bendera. Bendera berbeza mengikut reka bentuk, tetapi biasanya direka sebagai sama ada bendera biasa atau bendera dengan angkat suku panjang.

  • Standard diraja Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V)
    Standard diraja Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V)
  • Standard diraja Sultan (sebelum Sultan Muhammad V)
    Standard diraja Sultan (sebelum Sultan Muhammad V)
  • Standard diraja Sultanah (Raja Perempuan)
    Standard diraja Sultanah (Raja Perempuan)
  • Standard diraja Tengku Mahkota
    Standard diraja Tengku Mahkota
  • Standard diraja Pemangku Raja
    Standard diraja Pemangku Raja

Lihat Juga

Rujukan

  1. ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm Klik pautan untuk ke laman asal imej
  2. ^ Kaligram singa Ali di Kelantan tanda penghormatan keluarga Saidina Ali
  • l
  • b
  • s
Bendera Kelantan Kelantan Darul Naim Lambang Kelantan
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas