Bukit Gantang

Bukit Gantang is located in Bumi
Bukit Gantang
Bukit Gantang (Bumi)
Koordinat: 4°47′00″N 100°46′00″E / 4.7833°N 100.7667°E / 4.7833; 100.7667Negara MalaysiaNegeri PerakDaerahLarut, Matang dan SelamaAras
35 m (115 ft)

Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Larut dan Matang, negeri Perak Darul Redzuan, Malaysia. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama.[1] Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kampung Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.

Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang.[perlu rujukan] Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Sejarah awal Bukit Gantang

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut[2] melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III[3], Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

Peperangan Siam dan Perak

Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan Perak menghantar Bunga Emas kepada Siam yang menyaksikan bahawa Kerajaan Perak berada dibawah naungan Siam. Walau bagaimanapun, Kerajaan Perak tidak mengiktirafkan. Sultan Kedah telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah berada dibawah jajahan Siam. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Ayutthaya telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha. Dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.

Zaman Keemasan Bukit Gantang

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.

Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping - Port Weld pada tahun 1885.[4]

Zaman Kesuraman Bukit Gantang

Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walau bagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.

Wakil rakyat

Kampung

Antara kampung di sini ialah:

  • Kampung Bukit Gantang
  • Kampung Lorde
  • Kampung Seberang Ampang
  • Kampung Pauh
  • Kampung Senduk
  • Kampung Cheh
  • kampung Cheh Ulu
  • Kampung Changkat Ibol
  • Kampung Berchat
  • Kampung Banggol Rendang
  • Kampung Kubu
  • Kampung Chengal Jantan
  • Kampung Jelutong
  • Kampung Sungai Petai
  • Kampung Tengah
  • Kampung Dusun Batak
  • Kampung Bendang Nibung
  • Kampung Bukit Geligis
  • Kampung Banggol Nering
  • Kampung Batu Sebelas
  • Kampung Batu Lapan Bendang Siam
  • Kampung Cangkat Jering
  • Kampung Paya

Masjid

Sekolah

Rujukan

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 26, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore
  3. ^ The Malaysia's Royal-Pengesahan nama sultan dan jawatan Panglima Bukit Gantang (1857 - 1865)
  4. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore, Project Muse, Vol. 3, pt. 2 comprises a monograph entitled: British Malaya, 1864-1867, by L.A. Mills, with appendix by C. O. Blagden, 1925.

Pautan luar

  • Sejarah pahlawan Melayu menentang penjajah tersimpan di Bukit Gantang mStar Online: Pendapat
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang • Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category