Felda Seri Pagi Jengka 17

FELDA Seri Pagi Jengka 17 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Felda Jengka 17 atau juga dikenali sebagai "Felda Seri Pagi". Ia terletak di dalam daerah Maran dalam zon Jengka. Jaraknya daripada Bandar Jengka adalah lebih kurang 15 km. Jengka 17 terbahagi kepada 3 blok (blok A, blok B, blok C). Jengka 17 menempatkan 409 keluarga peneroka.

Felda Jengka 17 telah dibuka pada tahun 1977. Kegiatan ekonomi utama sudah tentulah perladangan kelapa sawit yang dimiliki oleh peneroka Felda. Selain itu, penduduk juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi lain seperti penternakan lembu secara feedlot, penternakan ayam pedaging dan penternakan kambing. Aktiviti perniagaan juga agak rancak dengan penglibatan masyarakat peneroka yang membuka kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai memperbaiki barangan elektrik, bengkel kenderaan dan kedai gunting.

Dua syarikat utama yang terdapat di Jengka 17 ialah Koperasi Serbaguna Felda Sri Pagi Jengka 17 Berhad dan Prima Murni Intercity Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh warga Jengka 17.

Antara kemudahan awam yang terdapat di Jengka 17 ialah SK Jengka 17, Sekolah Agama Nurun-Najjah, Masjid Ar-Rahmaniah, Tabika KEMAS, balairaya, padang awam dan surau-surau. Jengka 17 terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau dan DUN Jengka.

Antara perusahaan terkenal yang terdapat di Jengka 17 adalah Seri Pagi Maju Jaya (milik Ahmad Husairi Misran), Mat Ali Enterprise (kedai runcit), Dataran Niaga Jengka 17 dan Chalet Hikmah.


  • l
  • b
  • s
Bendera Pahang Pahang Darul Makmur Lambang Pahang
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman