Jajahan Pasir Puteh

Pasir Puteh
Kelantan Jajahan negeri
Jajahan Pasir Puteh
Transkripsi lain
 • Jawiڤاسير ڤوتيهcode: ms is deprecated
 • Cina巴西富地县code: zh is deprecated
Bendera Pasir Puteh
Bendera
Lokasi Jajahan Pasir Puteh di Kelantan
Lokasi Jajahan Pasir Puteh di Kelantan
Map
Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatP028 Pasir Puteh
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Pasir Puteh
Pentadbiran
 • Ketua Jajahan &
Yang di-Pertua Daerah
Ahmad Adlee Bin Yasin
 •  Ahli ParlimenNik Muhammad Zawawi Salleh
Keluasan
 • Jumlah433.8 km2 (167.5 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah136,157
 • Kepadatan310/km2 (810/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
  • 16800
  • 16810
  • 16700
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjpp.kelantan.gov.my
mdpputeh.kelantan.gov.my

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama Pasir Puteh.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai lapan daerah dan 73 buah mukim. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Etimologi

Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengisytiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

Sejarah

Jajahan Pasir Puteh sudah wujud sejak tahun 1905 dengan ketua jajahan pertamanya ialah Che Ibrahim.

Pasir Puteh terkenal dengan sejarah perjuangan Tok Janggut menentang pihak Inggeris yang cuba mengembangkan pengaruhnya di daerah Jeram. Bagi memperingati perjuangan beliau, satu tugu peringatan yang dinamakan ‘Tugu Tok Janggut’ telah dibina di tepi Sungai Semerak, Bandar Pasir Puteh.[3]

Pentadbiran

Jajahan Pasir Puteh ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh. Jajahan Pasir Puteh juga dibahagikan kepada lapan daerah dan 33 mukim.

Peta jajahan Pasir Puteh

Geografi

Jajahan Pasir Puteh bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah utara, jajahan Machang di sebelah barat, jajahan Bachok di sebelah timur laut dan di sebelah selatan bersempadan dengan daerah Besut, Terengganu.

Bentuk muka bumi jajahan Pasir Puteh boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Terdapat beberapa buah bukit dijajahan ini iaitu Bukit Mak Lipah, Bukit Jerus, Bukit Bayoh, Bukit Belakang Parang, Bukit Batu Kawi, dan Bukit Peraksi. Bukit Mak Lipah merupakan bukit yang paling tinggi iaitu 868 kaki yang terletak berhampiran dengan sempadan Jajahan Bachok di sebelah utara.[3]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199196,348—    
2000104,404+8.4%
2010113,191+8.4%
2020136,157+20.3%
Sumber: [2]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Pasir Puteh ialah seramai 136,157 orang dengan kepadatan penduduk 310 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Pasir Puteh berbangsa Melayu, seramai 133,604 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 133,604
Bumiputera lain 158
Cina 621
India 74
Lain-lain 823
Bukan warganegara - 877
Jumlah 136,157

Agama

Di jajahan Pasir Puteh, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Pasir Puteh. Terdapat sebanyak 56 buah sekolah di jajahan ini;[6]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 38
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 12
Sekolah Menengah Agama 3
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 1

Jajahan Pasir Puteh juga mempunyai empat buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, 9 klinik kesihatan dan 17 klinik desa di sekitar daerah.[7]

Pengangkutan

Jaringan jalan raya di jajahan Pasir Putih menjangkau 69 kilometer bagi jalan persekutuan dan 73 kilometer bagi jalan negeri. Laluan Persekutuan 3 (Jalan Limbongan) merupakan laluan persekutuan paling panjang iaitu 28 kilometer manakala Jalan Negeri Kelantan D7 (Jalan Semerak) merupakan jalan negeri paling panjang menjangkau 18 kilometer.[7]

Tempat-tempat tarikan pelancong

Pasir Puteh Sentral

Pasar raya Econsave di Pasir Puteh Sentral

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, berhampiran dengan Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini. Terdapat kemudahan penginapan dalam bentuk resort seperti Tok Aman Bali yang bertaraf 3 bintang.

Jeram Pasu

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Pasu anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga iaitu Jeram Mengaji. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

Jeram Mengaji

Jeram mengaji
Laluan air yang turun dari jeram

Pasar Siti Hajar

Pasar Siti Hajar merupakan sebuah pasar terletak di Pasir Puteh Sentral dan dibuka kepada awam pada 2018. Terdapat sebuah lagi pasar dengan nama Pasar Siti Sarah yang terletak di Pekan Selising.

Pautan luar

  • Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh
  • Ensiklopedia Britainnica dalam talian
  • Laman web KADA Diarkibkan 2006-06-19 di Wayback Machine
  • Laman web rasmi Kerajaan Kelantan Diarkibkan 2011-04-14 di Wayback Machine
  • Kedudukan Pasir Puteh di atas peta maplandia
  • Pejabat Penerangan Daerah pasir Puteh Diarkibkan 2011-10-26 di Wayback Machine

Rujukan

  1. ^ "Latar Belakang - Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh". ptjpp.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2018.
  2. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ a b NW, Super User (2018-12-10). "Jajahan Pasir Puteh". ptjpp.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2023-12-22.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  6. ^ "Sekolah di PPD Pasir Putih-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ a b "Profil Jajahan Pasir Puteh 2020" (PDF). Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. 2020. Dicapai pada 22 Disember 2023.
  • l
  • b
  • s
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas