Majlis Perbandaran Sungai Petani

Majlis Perbandaran Sungai Petani diwujudkan kerana pertambahan penduduk di Sungai Petani yang semakin meningkat serta mentadbir Daerah Kuala Muda.

Asal-usul penubuhan

Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.

Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKTKM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKTKM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :

  • Majlis Bandaran Sungai Petani
  • Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai dan Tikam Batu
  • Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun

Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.

Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.

Kawasn Pentadbiran

MPSPK meliputi seluruh daerah Kuala Muda.

Kawasan perbandaran MPSPK meliputi seluruh Daerah Kuala Muda. Bandar dan pekan utama di perbandaran ini termasuk Bedong, Gurun, Tikam Batu dan Jeniang yang mempunyai cawangan pejabat perbandaran.[1]

  • l
  • b
  • s
Bendera Kedah Kedah Darul Aman نڬري قدح دارالامان Lambang Kedah
Bandar Utama
  • Alor Setar
    • Ibu Negeri Kedah
  • Sungai Petani
    • Bandar Terbesar Negeri Kedah
  • Kulim
  • Langkawi
  • Pokok Sena
  • Jitra
Bandar Membangun
  • Changlun
  • Baling
  • Kuala Ketil
  • Gurun
  • Serdang
  • Kuala Nerang
  • Pendang
  • Sik
  • Yan
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu

  1. ^ https://pbt.kedah.gov.my/index.php/kaunter-kaunter-mpsp/