Undang Luak Johol

Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak
Johol Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia
Tuanku Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan
Dato' Haji Muhammad bin Dato’ Haji Abdullah D.T.N.S., A.N.S., P.M.C., P.J.K., P.K.L.,

sejak 2016
Butiran
Pewaris takhtaYang Amat Mulia Dato' Baginda Luak Johol
Raja pertamaDuli Yang Maha Mulia Tun Dato' Puteri Kanun SitiAwan [Setiawan I] binti Tun Dato’ Bendahara Skudai
Pembentukan1723
Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol menerima hormat Diraja

Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak Johol merupakan Pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Johol. Luak (Negeri) Johol merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. Baginda memerintah Negeri Sembilan Darul Khusus bersama Yang Dipertuan Besar ,Undang Luak Sg Ujong,Jelebu,Rembau dan Tunku Besar Tampin.

Gelaran bagi Tuanku Dato' Undang Luak Johol ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan. Gelaran itu mula digunakan oleh Dato' Undang Luak Johol yang pertama iaitu seorang wanita bergelar Puteri Kanun atau Puteri Sitiawan yang memerintah sejak 1723[1].

Kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri

Kedudukan Dato' Undang Luak Johol diiktiraf menerusi Perkara 71 (2), Perkara 160, Perkara 181 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 sebagai pemerintah (ruler) Luak Johol dan Raja bagi Negeri Sembilan bersama dengan Yang di-Pertuan Besar, Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Jelebu dan Dato' Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin[2].

Akta Tafsiran 1948 & 1967 juga mendefinisikan Dato' Undang Luak Johol sebagai Pihak Berkuasa Negeri, khususnya di jajahan takluk Luak Johol dalam Negeri Sembilan yang meliputi Johol, Gemencheh, Gemas, Pasir Besar, Air Kuning Selatan, Kepis, Dangi, Selaru dan Palong. Dato' Undang Luak Johol adalah juga ketua agama Islam bagi Luak Johol[3].

Dato' Undang Luak Johol juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Jelebu, Dato' Undang Luak Rembau, Tengku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti dan Dato' Shahbandar Sungei Ujong, yang mana ia dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan[4].

Dato' Undang Luak Johol bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Jelebu dan Dato' Undang Luak Rembau mempunyai kuasa prerogatif memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959[5].

Pada masa sama, Dato' Undang Luak Johol bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Jelebu dan Dato' Undang Luak Rembau juga mempunyai kuasa prerogatif mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 untuk menggantung tugas atau melucutkan kedudukan, menarik segala kuasa serta keistimewaan Yang di-Pertuan Besar, sekiranya penyandang didapati melanggar hukum Syarak, didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tidak siuman, mengingkari Undang-Undang Tubuh negeri atau dirasakan tidak lagi layak menjadi Yang di-Pertuan Besar[6].

Peranan utama lain bagi Dato' Undang Luak Johol bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Jelebu, Dato' Undang Luak Rembau serta Tengku Besar Tampin adalah mempunyai kuasa persetujuan[7] berhubung:-

  • pelantikan Menteri Besar,
  • menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri,
  • pengurniaan darjah kebesaran negeri,
  • hal ehwal agama Islam dan adat Melayu,
  • kedudukan tanah adat dan rizab Melayu dan,
  • kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum lain,
  • pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Pemerintahan Tuanku Dato' Undang Luak Johol

Penggiliran jawatan Dato' Undang Luak Johol adalah mengikut penggiliran daripada Suku Biduanda Waris Johol (Waris Johol di-Baruh & Waris Johol di-Bukit) dan Waris Gemencheh. Institusi pemerintahan Luak Johol juga mempunyai perjawatan iaitu Timbalan Undang Luak Johol yang bergelar Yang Amat Mulia Dato Baginda Luak Johol (dahulu Dato Baginda Tan Mas).

Timbalan Undang Luak Johol akan menjadi Dato' Undang Luak Johol secara automatik sekiranya penyandang terdahulu mangkat. Dato Baginda juga adalah ‘haluan sembah’ bagi Dato’ Undang Luak Johol kerana mempunyai kuasa untuk mewakili Dato' Undang Luak Johol dalam pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan mengundi secara proksi.

Jawatan Dato' Undang Luak Johol dan Dato' Baginda Luak Johol diisi berdasarkan giliran bagi Waris Johol dan Waris Gemencheh. Sekiranya Dato' Undang dilantik daripada Waris Johol, maka jawatan Dato Baginda akan diisi oleh Waris Gemencheh dan seterusnya. Kedua-dua jawatan tersebut tidak disandang oleh waris yang sama.

Bagaimanapun, sejak 2016, keputusan dibuat secara sebulat suara oleh pembesar-pembesar Luak Johol dan Suku Biduanda Waris Johol bahawa giliran menyandang Dato' Undang Luak Johol dan Dato Baginda Luak Johol dilakukan antara Suku Biduanda Waris Johol di-Baruh & Waris Johol di-Bukit sahaja.

Pemilihan Dato' Undang Luak Johol dibuat oleh Dato’ Jenang dan Buapak Yang Enam. Dato’ Jenang adalah Kepala Waris Biduanda dan Kepala Buapak Biduanda Yang Enam. Dato' Undang Luak Johol sekarang ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol ke-15.

Pemerintahan Dato' Undang Luak Johol dibantu oleh pembesar-pembesar Luak Johol iaitu Lembaga Tiang Balai, Orang Besar Balai dan Buapak Yang Enam. Berikut adalah pembesar-pembesar Luak Johol:-

  • Lembaga Yang Empat (Dato’-Dato’ Lembaga Tiang Balai Undang Luak Johol)

1) Dato’ Raja Balang (Suku Raja Balang)

2) Dato’ Andika (Suku Seri Melenggang)

3) Dato’ Raja Senara (Suku Mungkal)

4) Dato’ Baginda Raja (Suku Tiga Batu)

  • Orang Besar Balai Undang Luak Johol

1) Dato’ Jenang (Suku Biduanda)

2) Dato’ Gempa (Suku Gempa)

3) Dato’ Menteri (Suku Menteri)

4) Dato’ Panglima Hitam (Suku Raja Balang)

5) Dato’ Panglima Putih (Suku Seri Melenggang)

  • Buapak Yang Enam

1) Dato’ Nenggarang (Suku Nenggarang) - Ketua Buapak Yang Enam

2) Dato’ Paduka Kebangsa (Suku Kebangsa)

3) Dato’ Seribu Garang (Suku Sa-ibu)

4) Dato’ Serumpun (Suku Sarumpun)

5) Dato’ Baginda Melana (Suku Baginda Melano)

6) Dato’ Paduka Raja Lela (Suku Jelelo)

Senarai Dato' Undang Luak Johol

Senarai Dato' Undang Luak Johol
No Nama Waris Tempoh Pemerintahan
1 Dato' Putri Kanun Siti Awan [Sitiawan I] Johol 1723 - 1747
2 Dato' Rambut Panjang Johol 1747 - 1760
3 Dato' Putri Sitiawan II Johol 1760 - 1790
4 Dato' Rambutan Jantan Johol 1790 - 1810
5 Dato' Nuri Johol 1810 - 1820
6 Dato' Abu Bakar Gubah Johol 1820 - 1840
7 Dato' Wan Saeto Rubah [Wan Eta] Johol 1840 - 1900
8 Dato' Wan Omar bin Wan Hassan Gemencheh 1901 - 1918
9 Dato' Kamat bin Haji Sulaiman Johol (Bukit) 1918 - 1947
10 Dato' Abdul Manap bin Tolok Gemencheh 1947 - 1973
11 Dato' Haji Abdul Majid bin Abdul Wahid Johol (Baruh) 1973 - 1985
12 Dato' Haji Abdu'l Rahman bin Mat Som Gemencheh 1985 - 1988
13 Dato' Abdul bin Ali Johol (Bukit) 1988 - 2007
14 Dato' Mohd Jan bin Abdul Ghani Gemencheh 2007 - 2016
15 Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdullah Johol (Baruh) 2016 - kini

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Faridzwan Abdul Ghafar (2019). Balai Undang di Negeri Sembilan: 1933-2004. Sungei Ujong Press Resources. ISBN 9789671716502.
  2. ^ Perlembagaan Persekutuan
  3. ^ Akta Tafsiran 1948 & 1967
  4. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  5. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  6. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  7. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Darul Khusus
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Negeri
Kawasan Dewan Undangan Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Tradisional
Adat
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek
Peringkat pertama
Daerah
Peringkat kedua
Mukim
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Jelebu
Jempol
Tampin
Bahagian pilihan raya
Persekutuan
Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category