Kuala Pilah

Kuala Pilah is located in Bumi
Kuala Pilah
Kuala Pilah (Bumi)
Koordinat: 2°44′46″N 102°14′55″E / 2.746112105035213°N 102.24859340378708°E / 2.746112105035213; 102.24859340378708Koordinat: 2°44′46″N 102°14′55″E / 2.746112105035213°N 102.24859340378708°E / 2.746112105035213; 102.24859340378708Negara MalaysiaNegeri Negeri SembilanPusatKuala PilahPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kuala PilahPentadbiran
 • Pegawai daerahMohd Faizal Abdul Manap[1]Keluasan • Jumlah1,090.60 km2 (421.08 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah70,331 • Kepadatan64/km2 (170/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
72xxx
Kod panggilan+6-06Nombor plat kenderaanN

Kuala Pilah merupakan salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1090 kilometer persegi dan merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu. Kuala Pilah terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan dikelilingi oleh daerah Jelebu di utara, daerah Jempol di timur, daerah Rembau dan Tampin di selatan serta daerah Seremban di barat.

Kawasan pentadbiran

Daerah Kuala Pilah ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Pilah yang berpusat di Bandar Kuala Pilah. Daerah ini merangkumi 11 buah mukim dengan 441 buah kampung dan ditadbir oleh 125 buah JKKK yang merangkumi kampung tradisional, kampung baru dan perkampungan orang asli.

Berikut adalah senarai mukim yang terdapat di daerah Kuala Pilah dan jumlah kampung[3]:-

Bil Mukim Keluasan (km2) Bil Kampung Bil JKKK Bil FELDA
1 Johol 284.9 88 22 1
2 Terachi 163.2 39 17 0
3 Langkap 103.6 0
4 Ulu Jempol 101.0 22 9 0
5 Kepis 98.5 24 9 0
6 Juasseh 88.1 35 11 0
7 Seri Menanti 77.7 76 13 0
8 Ulu Muar 67.3 61 17 0
9 Parit Tinggi 38.9 0
10 Pilah 36.3 51 17 0
11 Ampang Tinggi 31.1 45 10 0
Jumlah 1090.6 441 125 1

Daerah Kuala Pilah merangkumi sebuah bandar dan 11 pekan;[4]

  1. Bandar Kuala Pilah
  2. Pekan Dangi
  3. Pekan Gunung Pasir
  4. Pekan Johol
  5. Pekan Parit Tinggi
  6. Pekan Senaling
  7. Pekan Tanjong Ipoh
  8. Pekan Juasseh
  9. Pekan Bukit Gelugor
  10. Pekan Melang
  11. Pekan Air Mawang
  12. Pekan Dangi Baru

Geografi

Memandangkan banjaran Titiwangsa merentasi daerah Kuala Pilah, keadaan bentuk muka bumi di daerah ini keseluruhannya adalah kawasan tanah tinggi, terutamanya di sebelah utara dan barat. 50 peratus kawasan tanah tinggi ini masih lagi diliputi oleh hutan. Kawasan-kawasan hutan ini telah diwartakan sebagai hutan rizab seperti Hutan Rizab Pelangai, Hutan Rizab Berembun, Hutan Rizab Angsi dan Hutan Rizab Johol. Antara gunung-gunung dan puncak tinggi yang terdapat di daerah Kuala Pilah ialah Gunung Angsi (825 meter), Gunung Datuk (884 meter), Gunung Gagak (807 meter), Gunung Pasir (892 meter), Bukit Ulu Pilah (911 meter) dan Bukit Sangkar Puyoh (856 meter).

Sementara itu tanah pamah dan tanah yang mempunyai ketinggian sederhana terletak di bahagian tengah, timur dan selatan yang meliputi 45 peratus daripada jumlah keluasan daerah Kuala Pilah. Kebanyakan kawasan-kawasan ini telah dijadikan kawasan peladangan dan pertanian. Kawasan ini pula kebanyakannya meliputi kawasan di sepanjang Sungai Muar, Sungai Seri Menanti, Sungai Terachi dan Sungai Batang Pilah yang meliputi 5 peratus keluasan daerah Kuala Pilah.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.4 °C (79.5 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27 °C (80.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.7 °C (78.3 °F).[5] Purata kerpasan di Kuala Pilah adalah 1,960.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 237.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 105.5 milimeter.[5]

Data iklim untuk Kuala Pilah (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.9
(78.6)
26.3
(79.3)
26.7
(80.1)
26.8
(80.2)
27
(81)
26.8
(80.2)
26.6
(79.9)
26.5
(79.7)
26.3
(79.3)
26.1
(79.0)
25.9
(78.6)
25.7
(78.3)
26.4
(79.5)
Purata kerpasan, mm (inci) 143.9
(5.67)
105.5
(4.15)
149.2
(5.87)
178.4
(7.02)
166.1
(6.54)
118.0
(4.65)
125.3
(4.93)
138.7
(5.46)
154.0
(6.06)
212.4
(8.36)
231.4
(9.11)
237.9
(9.37)
1,960.8
(77.19)
Sumber: ClimateCharts[5]

Demografi

Pecahan etnik di Kuala Pilah - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
81.0%
Cina
  
13.4%
India
  
5.3%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuala Pilah ialah seramai 70,331 orang dengan kepadatan penduduk 69 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 81 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak dua peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 105:100. Terdapat 24,008 tempat kediaman dengan sebanyak 18,715 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 48 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 16 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lima ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 55,528
Cina 9,199
India 3,600
Lain-lain 212
Bukan warganegara N/A 1,792

Agama

Agama di Kuala Pilah - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
79.4%
Buddha
  
12.8%
Hinduisme
  
5.1%
Tidak beragama
  
1.2%
Lain-lain
  
0.8%
Kristian
  
0.7%

Majoriti penduduk di daerah Kuala Pilah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[6]

Agama Jumlah
Islam 55,825
Buddha 9,032
Hindu 3,610
Kristian 515
Lain-lain 529
Tidak beragama 820
Tidak diketahui 0

Komuniti orang asli

Di daerah Kuala Pilah terdapat 14 buah perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli tersebut terletak di Mukim Seri Menanti (satu kampung), Mukim Langkap (satu kampung), Mukim Ulu Jempol (dua kampung) dan Mukim Johol (10 kampung). Majoriti masyarakat orang asli ini masih mengamalkan animisme manakala sebahagian kecil yang lain menganut agama Islam.

Sosioekonomi

Tumpuan daerah Kuala Pilah ialah dalam bidang pertanian dan penternakan sebagai sumber utama ekonomi. Bidang-bidang pertanian yang utama ialah getah, kelapa sawit, padi dan buah-buahan serta tanaman buah naga. Sementara itu terdapat juga tempat tarikan pelancongan seperti Taman Rekreasi Ulu Bendul, Empangan Talang, Perkampungan Budaya Terachi, Bandar Diraja Seri Menanti, Hutan Lipur Batu Maloi, Gunung Pasir dan Jeram Tengkek.

Sistem perhubungan

Jumlah jarak jalan raya di daerah Kuala Pilah ialah 978 kilometer terdiri daripada jalan persekutuan sepanjang 102 kilometer, jalan negeri sepanjang 274 kilometer dan jalan kampung sepanjang 602 kilometer.[3] Daerah Kuala Pilah boleh dihubungi dari Seremban melalui Laluan Persekutuan 51, Bahau melalui Laluan Persekutuan 13, Jelebu dan Tampin melalui Laluan Persekutuan

Masalah jalan utama Seremban - Kuala Pilah ialah kesesakan melampau pada setiap hujung minggu bermula Jumaat petang. Ini disebabkan tabiaat balik kampung oleh mereka yang tinggal bekerja di Kuala Lumpur dan Seremban. Tiap minggu orang Pilah kena balik kampung menjengok orang tua dan lembu kambing yang ditinggalkan di kampung. Ada diwar-warkan oleh kepimpinan lama kerajaan untuk pembinaan jalan pintas Highway Utara/Selatan terus ke Kuala Pilah via Talang skip Ampangan/Bukit Putus. Namun setakat ini tidak ada apa yang berlaku sementelahan pula pemerintah sudah bertukar dari BN ke Perpaduan cum AI. Rakyat masih menganga melihat celoteh pemimpin.

Infrastruktur

Daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan infrastruktur yang sangat lengkap merangkumi aspek keagamaan, pendidikan, perubatan dan komuniti. Dalam kemudahan pendidikan, terdapat 62 institusi pendidikan terdiri daripada 48 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah. Dalam aspek keagamaan, terdapat 68 masjid dan 242 bagi kemudahan penduduk beragama Islam, 13 tokong penduduk beragama Buddha, lapan kuil penduduk beragama Hindu dan dua gereja bagi penduduk beragama Kristian. Bagi aspek perubatan, terdapat sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Tuanku Ampuan Najihah, tujuh pusat kesihatan, sebuah klinik pergigian, 22 klinik desa dan lapan klinik swasta.Bagi kegiatan komuniti penduduk, terdapat 123 balai raya dan lapan dewan orang ramai di sekitar daerah.[3]

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kawasan di dalam daerah Kuala Pilah ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Pilah.

Ahli Parlimen

  • Ahli Parlimen Kuala Pilah
    • YB Dato' Adnan Abu Hassan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Rujukan

  1. ^ https://pilah.ns.gov.my/my/info/perutusan-pegawai-daerah-kuala-pilah.html
  2. ^ Sidik, Mazani bin. "PDTKP - Mengenai Kami". pilah.ns.gov.my.
  3. ^ a b c "PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA PILAH - Info Daerah". Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Dicapai pada 2023-02-27.
  4. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF). Dicapai pada 2023-02-27.
  5. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Tebedu". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar

  • Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah
 Kedudukan geografi
Latitud dan longitud : 2°44′46″N 102°14′55″E / 2.746112105035213°N 102.24859340378708°E / 2.746112105035213; 102.24859340378708 (Bandar Seremban)
Jelebu Jelebu
Jempol
Jempol
Seremban Jempol
   Kuala Pilah    
Rembau Rembau
Tampin
Tampin
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Negeri
Kawasan Dewan Undangan Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Tradisional
Adat
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek
Peringkat pertama
Daerah
Peringkat kedua
Mukim
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Jelebu
Jempol
Tampin
Bahagian pilihan raya
Persekutuan
Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category