Universiti Antarabangsa Albukhary

Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) merupakan universiti swasta yang terletak didalam kompleks Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak, Alor Star, Kedah. Naib Pengerusi Eksekutif AIU, Datuk Ismail Yusof menyatakan AIU mengambil 500 pelajar sulung mulai Julai 2010. 20 % penuntut berasal dari dalam negara. Sasaran utama ialah pelajar pintar dari masyarakat kurang bernasib baik terutama dari Asia dan Afrika.

Universiti milik Yayasan Albukhary ini beroperasi sejak 2010 dan ditaja oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Yayasan Albukhary memberi biasiswa 100 % kepada pelajar yang diterima masuk ke AIU. Mereka ditempatkan sementara di institusi pengajian tinggi awam sementara menunggu kampus AIU siap dibina di Alor Star, Kedah. Bidang pengajian yang ditawarkan ialah teknologi maklumat, kajian perniagaan dan sains sosial.[1]

Naib Cancelor

Pada 11 Oktober 2011, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Cancelor AIU menggantikan Datuk Dr Sharom Ahmat. Sebelum ini Dzulkifli Abdul Razak (60) menjadi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun. [2]


Rujukan

  1. ^ Universiti Antarabangsa Albukhary ambil pelajar sulung Julai ini
  2. ^ Dzulkifli Dilantik Naib Canselor AIU

Lihat juga


  • l
  • b
  • s
List-Class article Senarai universiti di Malaysia
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Komprehensif
Universiti Pendidikan
Universiti Teknikal
Politeknik
Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti
Kolej Universiti
Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera
Akademi Polis
Perikatan Universiti
  • Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
  • en:University System of Tunku Abdul Rahman
Kategori Kategori:Universiti dan kolej di Malaysia - en:Malaysian university leaders - en:Rankings of universities in Malaysia - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Pendidikan di Malaysia