Bubur kacang hijau

بوبور كاچڠ هيجاوcode: ms is deprecated
Bubur kacang hijau.
Nisan yang dibungkus dijual secara keret. (Satu gelong dipanggil 1 keret.)
Nama alternatifBuboq kaccang ijjau ( Kedah)
Bubo kacang ijow ( Terengganu)
Bubo kacce hijja ( Kelantan)
Bubur kacang ijo (Jawa)
Bubur kacang héjo(Sunda)JenisMakanan Sunting ini di WikidataTempat asalIndonesiaSuhu penghidanganPanas atau SejukBahan utamaKacang hijau
Santan
Nisan
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
108 kcal (452 kJ)sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bubur kacang hijau merupakan sejenis bubur yang dibuat daripada kacang hijau, santan kelapa, nisan dan bahan-bahan lain.

Bubur kacang hijau ialah makanan pencuci mulut di kawasan Asia Tenggara. Di Malaysia, Bubur kacang hijau dibuat daripada kacang hijau dengan santan dan gula kabung, gula Melaka (nisan) atau gula tebu (gula merah di Indonesia). Kacang hijau direbus sampai empuk, dan gula dan santan ditambahkan.

Kadang-kadang disebut hanya sebagai kacang hijau, terdapat nama yang sedikit berbeza digunakan di berbagai wilayah di Malaysia, seperti buboq kaccang ijjau di Kedah, bubo kacce hijja di Kelantan, bubo kacang ijow di Terengganu dan sebagainya. Ini sering disajikan sebagai pencuci mulut, makanan ringan, minum petang, dan makanan pemujuk (comfort meal); Namun, bubur ini juga merupakan pilihan terkenal untuk sarapan atau makan malam.

Di Malaysia

Di Malaysia, para peniaga restoran peribumi sering menghidangkan bubur kacang hijau setiap pagi dan tengah hari pada hari Jumaat sebagai sedekah dan amal jariah bagi jemaah yang ingin ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mereka biasanya juga menawarkan roti bakar dan bubur cha cha.

Hidangan bubur kacang hijau boleh dicampurkan bersama bahan lain seperti daun pandan, durian, mangga, pulut hitam dan sagu bagi meningkatkan lagi rasa enak. Bubur kacang hijau durian ini juga sedap jika dimakan bersama roti. Bubur kacang hijau yang dicampurkan dengan manisan nisan (gula Melaka) bewarna lebih gelap berbanding bubur kacang yang tidak dicampurkan dengan manisan nisan. Bubur itu juga memiliki rasa yang lebih kuat, hasil pengaruh rasa nisan itu sendiri.

Bubur kacang hijau merupakan makanan kegemaran Noraniza Idris, Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Aiman Tino, Siti Nurhaliza & Khai Bahar menunjukkan bubur ini mendapat tempat di hati warga Malaysia pelbagai latar belakang dan merentas generasi.[perlu rujukan]

Galeri

  • Bubur kacang hijau.
    Bubur kacang hijau.
  • Bubur kacang hijau.
    Bubur kacang hijau.
  • Bubur kacang hijau bersama durian.
    Bubur kacang hijau bersama durian.
  • Bubur kacang hijau bersama durian.
    Bubur kacang hijau bersama durian.

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia