Tempoyak

Tempoyak
Tempoyak
Nama alternatifasam durian
JenisPencicah
Jenis sajianhidangan sampingan
Tempat asalMalaysia[1] [2][3]
Kawasan/rantauSemenanjung Tanah Melayu dan Borneo
Masakan berkaitanBrunei, Malaysia, Singapura
Dicipta olehMelayu
Suhu penghidanganSuhu bilik atau sejuk
Bahan utamaDurian
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tempoyak.

Tempoyak (Jawi: تمڤويقcode: ms is deprecated ) dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Ia juga terkenal di Borneo.

Tempoyak dalam sejarah

Di Malaysia

Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka ialah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."

Cara memasak

Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini dan antara yang sangat terkenal ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung dan ikan jelawat .Ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu, tempoyak juga boleh dibuat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), dan sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis).

Khasiat

Durian yang rasanya sangat manis dan kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghadapi penyakit kronik. Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan kajian mengenai tradisi ini.[4]

Kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian ialah makanan yang baik untuk kesihatan. Dalam kajian tersebut, didapati tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikrooorganisma baik) di dalamnya. Bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4.[4] Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protein sel penuh atau API 50 CH.[5]Akan tetapi kajian yang dijalankan Noorhisham telah mengasingkan dan mengenalpasti LAB.[4]

Galeri

  • Tempoyak pedas - dihidang bersama sambal belacan.
    Tempoyak pedas - dihidang bersama sambal belacan.

Rujukan

  1. ^ Hikayat Abdullah (in Malay).
  2. ^ Tamang, Jyoti Prakash (2016-08-05). Ethnic Fermented Foods and Alcoholic Beverages of Asia (dalam bahasa Inggeris). Springer. ISBN 978-81-322-2800-4.
  3. ^ Owens, J. David (2014-12-10). Indigenous Fermented Foods of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). CRC Press. ISBN 978-1-4398-4480-9.
  4. ^ a b c Mingguan Malaysia, ceraian: Pancaindera, bahagian: Tekno, m/s 10, penulis: Khairunnisa Sulaiman ([email protected]), capaian: 14 April 2013
  5. ^ Rujukan - SGM Journal.
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia
  • l
  • b
  • s
Masakan Indonesia mengikut kumpulan etnik
Am
Acheh
Bali
Batak
Betawi
Bugis dan Makassar
  • Coto Makassar
  • Pallubasa
  • Konro
  • Sop sodara
  • Kapurung
  • Buras
Chirebon
China Indonesia
Jawa
Lampung
Melayu
Maluku dan Papua
Minahasa
Minangkabau
Palembang
Sasaq
Sunda
Timor
Snek
Minuman