Daerah Padang Terap

Daerah Padang Terap is located in Bumi
Daerah Padang Terap
Daerah Padang Terap (Bumi)
Koordinat: 6°15′N 100°40′E / 6.250°N 100.667°E / 6.250; 100.667Koordinat: 6°15′N 100°40′E / 6.250°N 100.667°E / 6.250; 100.667Negara MalaysiaNegeri KedahPusatKuala NerangPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang TerapPentadbiran
 • District officerAbd. Ghani @ Zulkifli Bin ZainuddinKeluasan • Jumlah1,356.84 km2 (523.88 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah65,698 • Kepadatan48/km2 (130/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04Nombor plat kenderaanK

Padang Terap merupakan sebuah daerah di negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1,356 kilometer persegi iaitu ketiga terbesar di Kedah.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Nerang. Antara kawasan lain yang terletak di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Etimologi

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap (Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Pokok ini mempunyai ciri bergetah dan mampu bertahan dalam cuaca kemarau.[2]

Pentadbiran

Daerah Padang Terap dibahagikan kepada 12 buah mukim;

Peta daerah Padang Terap
  1. Mukim Batang Tunggang Kanan
  2. Mukim Batang Tunggang Kiri
  3. Mukim Belimbing Kanan
  4. Mukim Belimbing Kiri
  5. Mukim Kurong Hitam
  6. Mukim Padang Temak
  7. Mukim Padang Terap Kanan
  8. Mukim Padang Terap Kiri
  9. Mukim Pedu
  10. Mukim Tekai
  11. Mukim Tolak

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Padang Terap ditadbir Majlis Daerah Padang Terap yang berpusat di Kuala Nerang.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Padang Terap ialah seramai 65,698 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Padang Terap merupakan Bumiputera, dengan peratusan 91.8 peratus daripada jumlah penduduk.

Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 57,279
Cina 497
India 28
Lain-lain 4,585
Bukan warganegara - 3,309
Jumlah 65,698

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Padang Terap. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah di daerah ini, iaitu 20 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).[4] Daerah Baling juga mempunyai 10 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Ekonomi

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas. Selain daripada memproses gula dari ladang, kilang gula ini juga memproses gula yang diimport kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu, ladang tebu telah dipelbagaikan tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.

Rujukan

  1. ^ "LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP - Perutusan Pentadbir Tanah". ptpt.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-19. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ "Info Padang Terap – Portal PBT Kedah". pbt.kedah.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
  3. ^ a b Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar

  • Majlis Daerah Padang Terap
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu