Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultanah Bahiyah
Kerajaan
Lokasi Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pembiayaan Kerajaan
Jenis hospital Klinik Pakar
Katil 856
Diasaskan (2007-09-29) 29 September 2007 (umur 16)
Laman Laman web rasmi Hospital Sultanah Bahiyah
Senarai

Hospital Sultanah Bahiyah adalah sebuah hospital kerajaan di Kedah yang dibina bagi menggantikan Hospital Alor Star untuk menampung pesakit yang meningkat. Ia terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, kira-kira 6 km dari pusat bandar.

Hospital Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi pada 29 September 2007 setelah proses pemindahan keseluruhan operasi telah siap sepenuhnya dari Hospital Alor Setar ke hospital baru. Hospital ini terletak di atas tanah seluas 28.33 hektar dengan keluasan kompleks hospital adalah 110,200m2. Jarak hospital ini adalah 6km dari pusat bandaraya Alor Setar dan kompleks hospital ini dapat dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara Selatan (susur keluar Alor Setar Utara). Hospital baru ini telah menggantikan Hospital Alor Setar di mana hospital lama telah diberikan nama sebagai Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman.

Sebagai hospital negeri, hospital ini menjadi rujukan 12 Klinik Kesihatan di Daerah Kota Setar / Pendang, 8 hospital kerajaan dan 11 hospital swasta. Hospital ini turut dilengkapi dengan Total Hospital Information System (THIS) yang mana operasi hospital dilaksanakan secara online. Kompleks hospital terbahagi kepada 4 bangunan utama iaitu Blok Sokongan Perubatan (menempatkan Klinik Pakar), Blok Wad, Blok Utama dan Blok Sokongan Bukan Perubatan (menempatkan Pejabat Pengurusan).

Sehingga April 2011, hospital ini beroperasi dengan katil rasmi sebanyak 856 buah di mana 743 buah ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan selebihnya adalah di Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman. Hospital ini dilengkapi dengan 12 Dewan Bedah, 6 Bilik Bedah Rawatan Harian dan 13 Bilik Bersalin.

Perkhidmatan kepakaran yang disediakan adalah seperti berikut :

  1. Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.
  2. Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri).
  3. Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
  4. Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
  5. Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Reproductive dan Urogynaecology)
  6. Anestesiologi (Rawatan Rapi)
  7. Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
  8. Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
  9. Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
  10. Forensik (Histopatologi)
  11. Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
  12. Pergigian Pediatrik dan Oral Maksilofacial
  13. Radiologi
  14. Perubatan Transfusi
  15. Perubatan KecemasanBagaimanapun, Klinik Pesakit Luar, Klinik dan Wad Psikiatrik, Klinik dan Wad Respiratori (Dada), Unit Hemodialisis serta Endoskopi masih lagi berfungsi di Hospital Alor Setar.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Hospital Sultanah Bahiyah
  • l
  • b
  • s
Hospital Kerajaan di Malaysia Malaysia
Johor
Logo Kementerian Kesihatan Malaysia
Kedah
Kelantan
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Putrajaya
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu

Ikon tunas

Rencana tentang bangunan dan struktur di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s