Char kway teow

Cha Kway Teow
چا کوي تياو
Nama alternatifKuetiau goreng
JenisShahe fen
Tempat asalMalaysia[1]
Kawasan/rantauAsia tenggara[2][3]
Masakan berkaitanMalaysia
Dicipta olehCina Malaysia dan Melayu
Bahan utamaMi Kuetiau, kicap pekat dan cair, cili, belacan, udang, isi kerang, tauge, kucai cina,
Keragaman/variasiChar Kuetiau Melayu , Chu Kway Teow
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Char kway teow
Tulisan Cina Tradisional炒粿條code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas炒粿条code: zh is deprecated
Maksud harfiahkuetiau goreng
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinchǎo guǒ tiáo
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian Yalecháau gwó tìuh
Jyutpingcaau2 gwo2 tiu4
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa Hokkienchhá-kóe-tiâu
Tâi-lôtshá-kué-tiâu
nama lain dalam Kantonis-
Tulisan Cina Tradisional炒貴刁code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas炒贵刁code: zh is deprecated
Maksud harfiahperkataan Kantonisnya berasal dari lisan Hokkien
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinchǎo guì diāo
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian Yalecháau gwai dīu
Jyutpingcaau2 gwai3 diu1

Cha Kway Teow (bahasa Inggeris Char Kway Teow) atau Kuetiau goreng (bahasa Melayu) merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa.

Cha kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien.

Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Kini Char Kway Teow menjadi makanan halal jika tiada penggunaan babi dan alkohol kerana sudah adaptasi bersama bangsa lain iaitu bangsa Melayu , orang Melayu di Malaysia menyebut Kuetiau goreng .

Etimologi

Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo? dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, oleh sebab Char kway teow dibawa dari kawasan pertuturan loghat Hokkien ke kawasan pertuturan loghat Kantonis, nama Cinanya dicemarkan sebagai "炒貴刁". Ini disebut sebagai caau2 gwai3 diu1? dalam loghat Kantonis dan cháo guìdiāo? dalam bahasa Mandarin. "貴刁" tidak memiliki sebarang makna literal, tetapi bunyinya dalam bahasa Mandarin adalah serupa dengan "粿條" dalam loghat Hokkien.

"Char kway teow" seringnya dikenali sebagai "Char kway teow Singapura" (星州炒貴刁) atau "Char kway teow Malaysia" (馬來炒貴刁) di Hong Kong bagi menekankan tempat asal hidangan itu.

Dalam masakan Vietnam, hidangan mi goreng yang agak serupa dikenali sebagai hủ tiếu.

Variasi

Char koay teow Pulau Pinang

Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Char Kway Teow". Tourism Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2014. Dicapai pada 9 March 2015.
  2. ^ "Char Kway Teow". Tourism Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2014. Dicapai pada 9 March 2015.
  3. ^ Tan, Bonny. "Char kway teow". Singapore Infopedia. National Library Board.

Pautan luar

  • What to look out for when eating Char Kway Teow Diarkibkan 2008-04-11 di Wayback Machine
  • Where to eat Char Kway Teow in Malaysia[pautan mati kekal]
  • Singapore Tourism Board's[pautan mati kekal] Resipi char kway teow
  • Lorong Selamat Char Kway Teow Diarkibkan 2008-06-21 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia