Kerana Cintaku Saerah

  • Drama
  • konflik
  • keluarga
PenciptaShahrulezad Mohameddin (cerita asal)Ditulis olehShahrulezad MohameddinPengarah
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Bahri Umararif Bajuri (bersama)
Dibintangi oleh
  • Benjy
  • Umie Aida
  • Isma Yusoof
Lagu pembukaan"Seribu Tahun" oleh Imran AjmainLagu penutup"Seribu Tahun" oleh Imran AjmainNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod12PenerbitanPenerbit eksekutifNor Faiz Ahmad HelmiPenerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
PenyuntingHarlina Abd. GhaniSinematografiMohd Zuki SaidTempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Radius OnePenyiaranSaluran asalTV3Format gambar480i (SDTV)Format audioStereoSiaran asal5 September 2007 – 25 Oktober 2007KronologiMengikutiKasih SuciDiikuti olehIris

Kerana Cintaku Saerah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Umie Aida, Benjy dan Azma Aizal Yusoof (ketika itu dikenali sebagai Isma Yusoof). Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 5 September 2007 hingga 25 Oktober 2007 menggantikan Kasih Suci.[1]

Sinopsis

Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (Ezany Nizariff). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan haramnya dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

Pelakon

Pelakon utama

Undangan khas

Rujukan

  1. ^ Budiey (19 Ogos 2007). "Sinopsis drama Kerana Cintaku Saerah lakonan Umie Aida". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Mei 2008.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.