Semerah Cinta Humairah

  • Drama
  • Romantik
PenciptaNor Afiza KamarulzamanDitulis olehZarihah Hassan
Amin Shakib
Azmi Ariff
Shida ZaliPengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Janna Nick
Fahrin AhmadLagu pembukaan"Dusta" oleh Aepul RozaLagu penutup"Dusta" oleh Aepul RozaBilangan episod15PenerbitanPenerbit eksekutifVareen Kaur
Datuk Sadupal Singh (DS)PenerbitDato' Sri Jaspal S. KorotanaTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree ProductionPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal24 Julai 2018 – 28 Ogos 2018KronologiMengikutiPengantin 100 HariDiikuti olehBahagia Bukan Bidaan

Semerah Cinta Humairah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Janna Nick dan Fahrin Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 24 Julai 2018 hingga 28 Ogos 2018 menggantikan Pengantin 100 Hari dan digantikan oleh Bahagia Bukan Bidaan.[1][2]

Sinopsis

Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Humairah mengandung dan akhirnya melahirnya anak lelaki diberi nama Harith. Saiful, kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu. Camelia pula terus mencari helah memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.

Pelakon

Pelakon utama

  • Janna Nick sebagai Humairah
  • Fahrin Ahmad sebagai Shahir

Pelakon pembantu

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Aktres Pilihan Janna Nick Menang [3]
[4]

Rujukan

  1. ^ Drama Semerah Cinta Humairah (TV3) My Infotaip (23 Julai 2018). Dicapai pada 25 Julai 2018.
  2. ^ Nannie Isa (26 Julai 2018). Semerah Cinta Humairah di Slot Samarinda mulai 24 Julai 2018 Kitepunye.com. Dicapai pada 27 Julai 2018.
  3. ^ Senarai Pemenang Anugerah DFKL 2019 My Info Taip (6 April 2019). Dicapai pada 12 April 2019.
  4. ^ Hansiah Selamat (10 April 2019). Janna mahu jadi pelakon terbaik Berita Harian. Dicapai pada 11 April 2019.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam
Sebelumnya Semerah Cinta Humairah Berikutnya
Pengantin 100 Hari Bahagia Bukan Bidaan
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.