You Saka... Pergi Jauh-Jauh

  • Drama
    Seram
    Komedi
Ditulis olehDilla HusseinPengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
  • Eira Syazira
  • Nabil Ahmad
Lagu pembukaan"Mesin Waktu" oleh Azlan & The TypewriterLagu penutup"Mesin Waktu" oleh Azlan & The TypewriterNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod13PenerbitanPenerbit eksekutifJalena RejabPenerbitTengku Iesta Tengku AlaudinPenyuntingNanni JohariTempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Grand BrilliancePenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Seram)Format gambar480i (SDTV)Format audioStereoSiaran asal2 Jun 2011 – 25 Ogos 2011KronologiMengikutiMantera AnjasmoroDiikuti olehTerowong

You Saka... Pergi Jauh-Jauh ialah sebuah siri drama televisyen seram komedi Malaysia 2011 dibintangi oleh Eira Syazira dan Nabil Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 2 Jun 2011 hingga 25 Ogos 2011 menggantikan Mantera Anjasmoro.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis

Mengisahkan Nia (Eira Syazira), seorang gadis yang diburu saka ibunya yang bernama Gelam setelah ibunya meninggal dunia. Pada awal cerita menunjukkan Nia menyeru tuan puteri yang dikatakan menjaga keluarganya sejak dahulu untuk menghalau Gelam supaya tidak mengganggunya.

Nia ialah seorang wanita bekerjaya dan merupakan tulang belakang syarikat tempatnya bekerja. Datin (boss Nia) mahu jodohkannya dengan anak lelakinya. Nia menolak kerana dia sudah ada kekasih hati (Nabil). Nabil pula sibuk mencari hantu, konon-konon macam rancangan paranormal tu lah. Bapa Nabil pula (Fauzi Nawawi) seorang bomoh yang konon-kononnya bercakap dengan jin Siam. Gelam terus memburu Nia sehingga ke rumah Nia. Nabil pengsan bila nampak Gelam di rumah Nia, sebaliknya Nia marah Gelam sebaik sahaja nampak Gelam di rumahnya.

Pelakon

Utama

Pembantu

Rujukan

  1. ^ You Saka... Pergi Jauh-Jauh (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.

Pautan luar

  • You Saka... Pergi Jauh-Jauh di iflix
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.