Serpihan Sayang

  • Drama
  • Dendam
  • Konflik
  • Keluarga
  • Thriller
  • Psikopat
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Saiqa Askari
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
  • Fasha Sandha
  • Aeril Zafrel
  • Shahz Jaszle
  • Elisya Sandha
  • Zarina Zainoordin
  • Nick Syaf
  • Tallisya
  • Amirul Asyhwad
  • Ameerul Asyraf
Lagu pembukaan"Dentingan Jiwa" - Shazreen ShaharumLagu penutup"Penipu" - Shazriq AzemanNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod15PenerbitanPenerbit eksekutifDatin Nor Aliah LeePenerbitDatin Nor Aliah LeeTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Padi Pictures Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Samarinda)
IQIYIFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal22 Februari 2023 – 20 Mac 2023KronologiMengikutiBukan Lelaki TerhebatDiikuti olehBukan Puteri Lindungan Bulan

Serpihan Sayang[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, dan Elisya Sandha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 22 Februari 2023 menggantikan Bukan Lelaki Terhebat. [2]

Sinopsis

Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.

Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.

Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.

Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?

Pelakon

  • Aeril Zafrel sebagai Imran
  • Fasha Sandha sebagai Nadia
  • Elisya Sandha sebagai Alisa
  • Shahz Jaszle sebagai Syakir
  • Zarina Zainoordin sebagai Marina
  • Zizan Nin sebagai Razak
  • Nick Syaf sebagai Mario Razlan
  • Tallisya sebagai Nina
  • Amirul Asyhwad sebagai Asyraf
  • Ameerul Asyraf sebagai Malik
  • Auni Zahra sebagai Yaya
  • Nazzaty Rusli sebagai Farah
  • Syel Ramlan sebagai Mak Imran
  • Adam Darwisyh sebagai Abang
  • Syed Muhammad Irfan sebagai Adik
  • Adam Darwisyah sebagai Haziq
  • Nelissa Elyana sebagai Sally

Rujukan

  1. ^ "Serpihan Sayang". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.
  2. ^ Drama Serpihan Sayang. Myinfotaip. Dicapai 21 Februari 2023
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.